Banjir: Selangor aktifkan Unit Pengurusan Bencana Negeri - MB



Hujan yang turun tidak berhenti-henti di hampir keseluruhan negeri Selangor sejak semalam menyebabkan beberapa daerah dinaikki air dan menyebabkan sebilangan mangsa perlu dipindahkan.


Menurut Menteri Besar (MB) Selangor, Datuk Seri Aminuddin Shari, susulan bencana banjir beliau telah pun mempengerusikan mesyuarat terkini Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor dan bantuan telah digerakkan ke kawasan kawasan terjejas.


Katanya, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor telah memaklumkan taburan hujan mencecah 380mm. Jumlah tersebut lebih dua kali ganda taburan hujan tertinggi yang dicatat sebelum ini, iaitu kira-kira 180mm yang secara kebiasaannya, paras air akan mencapai kira-kira 60mm. Tambahan itu, air pasang di kawasan-kawasan terlibat mencecah sehingga 4.5 meter.


"Memandangkan situasi ini, beberapa ketetapan sedang dan akan diambil.


"Keutamaan mendesak sekarang adalah keselamatan mangsa-mangsa banjir di kawasan yang paling terkesan. Setakat jam 5 petang tadi, Daerah Klang, Petaling, Sepang, Kuala Langat, dan Kuala Selangor, telah mengoperasikan 46 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi menempatkan 3,582 penduduk yang menjadi mangsa banjir selepas tempat kediaman mereka dimasuki air.


"Kesemua PPS ini akan dilengkapi keperluan asas seperti pakaian, makanan, hand sanitiser, pelitup muka serta cubicle (bilik kecil) bagi melindungi keperibadian keluarga masing-masing," katanya.


Amirudin juga menegaskan faktor pencegahan Covid 19 tetap diutamakan di PPS berkenaan.


Katanya, kesemua mangsa akan melalui saringan Covid-19 secara berkala dan percuma untuk mengelakkan daripada tercetusnya kes Covid. PPS khusus akan disediakan bagi mangsa yang dikesan positif Covid


Selain itu, tegas beliau, aset-aset Kerajaan Negeri serta agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia akan dikerah, khususnya kenderaan redah banjir bagi tujuan pemindahan mangsa serta pengagihan barang keperluan asas.


"Saya telah mengarahkan supaya pihak Air Selangor menyediakan tangki air bergerak untuk ditempatkan di PPS yang beroperasi untuk kegunaan penduduk yang dipindahkan sementara.


"Kesemua usaha ini akan dikoordinasi oleh Smart Selangor Operations Centre (SSOC) yang beroperasi 24 jam berpusat di Ibu Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Shah Alam.


"Kerajaan Negeri juga akan menggerakkan pasukan sukarelawan Team Selangor dan SERVE bagi membantu proses menempatkan penduduk di PPS, mengagihkan bantuan awal serta proses pembersihan yang akan bermula selepas air pasang mula surut," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER