top of page

Banjir Pakistan: Empat NGO Malaysia hulur bantuan keperluan asas

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Sep 22, 2025
  • 1 min read

Misi bantuan banjir empat NGO Malaysia berlepas dari KLIA ke Pakistan petang semalam
Misi bantuan banjir empat NGO Malaysia berlepas dari KLIA ke Pakistan petang semalam

Prihatin dengan nasib mangsa banjir besar di Pakistan, mantan Ahli Dewan Negeri (ADN) Meru, Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mokhtar mengetuai misi bantuan empat NGO Malaysia, iaitu MAPIM, Ihsanku, Borderless Humanity dan Yayasan Mualaf Malaysia, dengan kerjasama Alkhidmat Foundation Pakistan berlepas ke negara itu semalam.


Menurut Fakhrulrazi, misi yang dipimpin beliau adalah bagi menyampaikan bantuan keperluan asas seperti seperti kelambu, makanan masak, makanan pek dan kit kebersihan kepada mangsa terjejas.


Tambahnya, misi selama lima hari itu disertai lapan wakil daripada setiap NGO dan menyasarkan bantuan kepada 7,500 penerima.

Ustaz Fakhrulrazi ketuai misi bantuan
Ustaz Fakhrulrazi ketuai misi bantuan

"Bantuan dijangka melibatkan 7,500 penerima di mana 35 kampung difahamkan total musnah dan kematian melebihi 1,000 orang," katanya dalam kenyataan media.


Beliau turut memaklumkan, sejumlah RM100,000 sumbangan tunai akan disalurkan kepada mangsa selain daripada bantuan keperluan asas harian.


"Laporan misi juga nanti akan dipanjangkan kepada kerajaan untuk memastikan bantuan susulan dan target mangsa tercapai," katanya.


Ustaz Fakhrulrazi dalam pada itu menzahirkan penghargaan kepada rakyat Malaysia yang prihatin dan tidak putus-putus menghulurkan sumbangan kepada saudara seagama di Pakistan.


Difahamkan, Perdana Menteri Pakistan dijangka ke Malaysia pada bulan Oktober ini, dan isu bantuan kemanusiaan berkemungkinan menjadi antara agenda perbincangan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page