top of page

Banjir memburuk, Kementerian Wanita lulus RM500,000 bantuan segera

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Dec 20, 2022
  • 1 min read


Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (PKPWKM) lewat malam tadi telah meluluskan Perolehan Darurat sebanyak RM500,000 bagi membiayai keperluan segera dan bantuan kepada mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan.


Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, peruntukan itu bagi memastikan barangan keperluan di stor, mini depoh dan pengkalan hadapan di daerah terjejas sentiasa tersedia.


Kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menegaskan perhatian dan bantuan akan diberikan secara adil tanpa meminggirkan negeri pembangkang.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page