Banjir kilat: Tangguh dulu projek mega, realisasikan kaedah ‘sponge city’ - Anwar



Banjir kilat yang menenggelamkan beberapa kawasan di Kuala Lumpur semalam sepatutnya menyedarkan pemimpin BN terhadap keperluan perancangan bandar yang lebih baik menghadapi perubahan iklim.


Menurut Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, banjir tidak wajar dibiarkan berlaku berkali kali tanpa satu pun perancangan untuk mengatasinya ketika curahan hujan tidak lagi berada pada paras seperti ketika pembinaan saliran utama di ibu kota itu dirancang 20 tahun lalu.


"Semalam hujan lebat yang berterusan dalam kadar yang amat luar biasa telah menyebabkan air naik dan menenggelamkan sebahagian kawasan di ibu negara.


"Saya pernah membangkitkan permasalahan ini tatkala berbahas di Dewan Rakyat sewaktu Sesi Penerangan oleh Menteri-Menteri pada 20 Januari lepas terkait musibah banjir hujung tahun lalu.


"Saya sebut tangguhkan dahulu segala projek mega yang menelan belanja berbilion ringgit, dan saya turut mengusulkan projek infrastruktur dalam rangka tebatan banjir termasuk perparitan dan konsep ‘sponge city’, atau projek takungan air," katanya.


Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu lagi, meskipun projek ke arah sponge city akan menelam belanja yang tinggi namun kerugian dan keselamatan nyawa rakyat mesti diutamakan berbanding hal hal lain.


"Kita faham masalah perparitan dan projek tebatan banjir semestinya menelan kos tinggi. Namun, keutamaan segera mesti ada untuk selesaikan masalah ini.


"Banjir yang melanda sebahagian Kuala Lumpur semalam mengesankan ribuan pengguna jalan raya, dan menjejaskan mereka yang tinggal di kawasan-kawasan yang terpinggir.


"Saya mendesak kerajaan untuk bertindak segera dan maklumkannya secara terbuka," katanya lagi.


Banjir kilat di Kuala Lumpur semalam menjejaskan kawasan Bukit Bintang, Jalan Kuchai Lama, Lebuh Ampang, Kampung Bharu dan lain lain.


Pengguna media sosial (gambar di atas) berkongsi foto yang memaparkan berpuluh puluh buah kenderaan ditenggelami air pada paras 2 - 3 meter dan menyebabkan kerugian besar kepada warga kota.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER