Banjir kilat mula melanda Parlimen Sg Petani



Banjir kilat mula melanda Parlimen Sungai Petani sejak beberapa hari lalu menandakan musim tengkujuh telah tiba.


Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN Kedah yang juga Pegawai Khas Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari, banjir kali ini telah menggenangi Kampung Bukit Belah dan Jalan Kuala Ketil turut tidak terkecuali daripada menerima kesan.


"Tinjauan mendapati saliran sungai yang tidak terurus menjadi punca utama kepada berlakunya kejadian ini.


"Para penduduk mengadu apabila hujan lebat aliran sungai melimpah dan kediaman mereka dinaiki air. Tahun ini, sudah empat kali terjadinya kejadian banjir kilat melanda kawasan terbabit," katanya.


Beliau memberi jaminan pihak Parlimen Sungai Petani akan cuba membawa permasalahan masyarakat kepada pihak berkaitan untuk dicari jalan penyelesaian serta tindakan segera.


"Bantuan kewangan juga diberikan kepada dua buah keluarga yang terkesan teruk dalam kejadian banjir kilat, iaitu keluarga Puan Norhaslinda Md Noor dan "Mak Su" memandangkan kediaman mereka berada paling hampir dengan sungai.


"Diharapkan sumbangan yang dihulurkan dapat meringankan beban terutamanya bagi kerja-kerja membersihkan kembali kediaman yang terjejas," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER