top of page

Banjir: Kerajaan beri lesen khas pemborong simpan stok tambahan



Kerajaan akan memastikan bekalan makanan asas mencukupi terutama di kawasan yang berisiko banjir.


Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh berkata, pihaknya akan memberikan lesen khas kepada pemborong di negeri terbabit untuk menambah stok simpanan barangan keperluan asas.


Ia sebagai persediaan memastikan keperluan asas seperti beras, gula, minyak masak dan tepung di kawasan terbabit tidak terputus.


"Kita sudah mengeluarkan arahan kepada negeri-negeri yang selalu terlibat dengan banjir untuk memberi lesen khas (kepada pemborong) untuk menambah simpanan stok mereka.


"Kelantan sudah pun memulakan di mana mereka telah melantik lebih 100 pemborong...mereka menambah stok 30 peratus supaya kalau terputus bekalan, mereka sudah ada simpanan stok tambahan di pemborong-pemborong yang dilantik KPDN," katanya.


Fuziah berkata begitu kepada pemerita di Simposium Kewangan Mampan 2023 di Bangunan Parlimen pada Jumaat.


Terdahulu Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia memaklumkan hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kelantan serta seluruh Terengganu sehingga Ahad ini (26 Nov).


Melalui satu kenyataan METMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan bagi keseluruhan daerah di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang manakala di Perak melibatkan beberapa kawasan seperti Kerian; Larut, Matang dan Selama; Hulu Perak; Kuala Kangsar dan Manjung bermula esok hingga Khamis.


Gelombang pertama banjir dilapor telah melanda Terengganu selepas beberapa kawasan di negeri itu mula dinaiki air.


Beberapa kejadian banjir yang memerlukan mangsa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) turut dilaporkan di Kelantan, Kedah dan Perak.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page