top of page

Banjir: Kenapa kita tiada sistem amaran awal? - Anwar



Malapateka banjir yang boleh diramal oleh Jabatan Meteorologi Malaysia pada jangkamasa lebih awal melalui penelitian pergerakan awan dan angin sepatutnya boleh menghasilkan sistem amaran awal banjir agar rakyat bersiap sedia.


Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dalam sesi perbahasan Dewan Rakyat sebentar tadi, negara seharusnya telah mempunyai sistem amaran awal tersebut sebagaimana negara maju bagi memberi peluang rakyat menyelamatkan harta benda mereka.


Selain itu, beliau juga mahu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob lebih tegas mengarahkan pasukan tentera untuk lebih siaga membantu mangsa banjir.


"Saya dalam hal ini ingin menggesa supaya tindakan diambil termasuk mengarahkan tentera untuk mengambil tindakan lebih pantas


"Keduanya, ada beberapa kelemahan terkait perkara ini, umpamanya mengapa tidak boleh ada sistem amaran awal dengan semua kecanggihan Jabatan Meteorologi dan kaji cuaca?


"Sampai rakyat tak tahu, dan sedar pagi itu kereta dan sebahagian barang barang telah pun hanyut (akibat banjir)," katanya.


Kemudian, sebaik sahaja Dewan Rakyat ditangguhkan pada sebelah tengah hari, beberapa Ahli Parlimen Pembangkang termasuk Datuk Seri Anwar (gambar atas) bergegas menemui PM untuk berbincang bagi mempercepatkan bantuan kepada mangsa banjir.


"Sebaik sahaja Dewan Rakyat ditangguhkan sebentar tadi, saya bersama pimpinan lain bertemu Perdana Menteri bagi berbincang usaha serta status bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.


"Semua mangsa dan keluarga yang terjejas dari musibah ini mesti mendapat pembelaan sewajarnya," kata Anwar dalam catatan di Facebook beliau

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page