top of page

Banjir Kelantan: Rakyat kecewa kelemahan Kerajaan Pas beri bantuan



Banjir besar yang melanda beberapa jajahan di Kelantan menjadi bahan kritikan rakyat negeri itu di media sosial terutama melibatkan kelemahan bantuan banjir yang diuruskan Kerajaan Negeri.


Menurut Ketua Cabang KEADILAN Kota Bharu, Zinda Khalil Sastro Hassan, sikap pemimpin Pas yang menyalahkan limpahan air Sungai Golok dan suratan takdir tanpa memberi jaminan mengatasi banjir pada masa hadapan pula meningkatkan lagi rasa kecewa rakyat.


"Hari ini menyedihkan kerana banyak berlaku kerosakan, rumah hanyut dan kematian tetapi kerajaan Kelantan, boleh katakan MB pun tak tahu turun atau tidak tengok keadaan.


"Adakah ini negeri berkebajikan yang dilaung laungkan oleh Pas? Baru baru ini Menteri Alam Sekitar dari Pas yang juga Ahli Parlimen Kubang Krian menyalahkan pula limpahan air Sungai Golok menyebabkan banjir besar di kawasan Rantau Panjang, Tumpat.


"Itulah corak pemikiran pemimpin Pas. Menteri dia pun berfikir menyalahkan orang lain, takdir. Tidak mencari apakah punca sebenar banjir," katanya kepada Suara Keadilan.


Tambah Zinda Khalil, pemimpin Pas seharusnya meneliti penyebab utama berlakunya takungan air di Rantau Panjang. Hal itu, katanya, berpunca daripada kelemahan projek tebatan banjir yang baharu dibina.


"Banjir ini antara terburuk di Rantau Panjang, Tumpat, Pasir Mas. Kalau kita tengok, turun padang ke kawasan yang berlaku, ia berpunca daripada tebatan banjir.


"Di mana konsep tebatan banjir yang dibuat tak cukup sifat (sempurna) yang menyebabkan air sungai bertakung (di kawasan rendah).


"Takungan ini begitu besar dan air tak boleh mengalir keluar. Itu punca (banjir 'temenung')," katanya.


Dalam beberapa hantaran di Facebook, mangsa banjir Rantau Panjang menyalahkan projek tebatan banjir yang tidak mempunyai pintu air menyebabkan selepas kawasan mereka tenggelam, air banjir terus menakung biar pun paras air sungai telah menyusut.


Manakala dalam aspek bantuan pula, Zinda Khalil mengharapkan Kerajaan Negeri mencontohi Selangor yang mengumumkan segera sumbangan kewangan kepada setiap mangsa bagi mengurangkan beban mereka.


"Hari ini tak ada satu pun pengumuman menyatakan apa apa bantuan dari Kerajaan Negeri.


"Itulah teruknya keadaan di Kelantan. Banyak pihak meluahkan dalam media sosial menyatakan kecewa sangat sangat dengan kerajaan Kelantan. Itulah nasib yang kita alami di Kelantan," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page