top of page

Banjir Kelantan: Kerajaan Persekutuan lulus RM50 juta bantuan

  • Dec 29, 2023
  • 1 min read


Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM50 juta bagi membantu mangsa banjir di Kelantan.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia merupakan peruntukan awal kepada mangsa terjejas dan setiap ketua isi rumah (KIR) akan menerima bantuan sebanyak RM1,000.


"Setakat ini, kita luluskan peruntukan melalui NADMA sebanyak RM50 juta yang akan diagihkan terus kepada penduduk atau keluarga terlibat. Memang RM1,000 untuk satu keluarga.

"Peruntukan tambahan akan diberikan selepas kita mengenalpasti kerosakan dan kerugian yang disahkan oleh pegawai-pegawai bertugas," katanya pada sidang akhbar selepas melawat dan menyantuni mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Lati, di Pasir Mas pada Khamis.


Terdahulu Anwar mengadakan lawatan ke negeri itu bagi meninjau sendiri situasi banjir. Beliau diiringi Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.


Sementara itu, Anwar ketika menyentuh mengenai situasi banjir itu mengakui tidak semua masalah berkaitan banjir dapat diselesaikan, tetapi ada hal-hal tertentu yang patut disegerakan.

Namun jelasnya, ketika ini adalah lebih penting untuk langkah-langkah untuk meredakan tekanan penduduk akibat banjir.

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page