top of page

Banjir: KEADILAN Kudat hargai bantuan PMX RM10 juta kepada Sabah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 7 days ago
  • 1 min read
ree

Oleh: Shaiful Annuar S


Ketua Cabang KEADILAN Kudat, Stefly Said (gambar) menzahirkan rasa terharu dan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) atas kelulusan segera peruntukan RM10 juta bagi membantu mangsa banjir di Sabah.


Beliau berkata, peruntukan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) itu akan disalurkan terus kepada mangsa terkesan, khususnya bagi tujuan pembaikan segera kemudahan asas.


"Bantuan segera ini amat bermakna buat rakyat Sabah yang kini sedang berdepan bencana banjir. Saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri atas keprihatinan dan tindakan pantas beliau," katanya.


Dalam masa sama, Stefly turut menzahirkan rasa sedih atas tragedi tanah runtuh serta kesusahan yang dialami mangsa banjir, termasuk penduduk di bahagian Timur Sabah yang terputus bekalan elektrik.


"Saya berharap semua mangsa bertenang dalam menghadapi ujian ini. Saya juga menyeru rakyat Sabah untuk bersama-sama membantu meringankan beban mereka yang terkesan," ujarnya.


Beliau menegaskan, KEADILAN Kudat akan terus bersama rakyat di lapangan, memastikan suara dan keperluan mangsa banjir diberi perhatian sewajarnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page