top of page

Banjir hujung tahun: Kerajaan perlu kumpul data golongan berisiko untuk dipindahkan



Amaran Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) bahawa akan berlaku banjir besar di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia pada November ini perlu ditanggapi dengan serius oleh pihak Kerajaan Persekutuan.


Setiausaha Wanita KEADILAN Pusat, Loh Ker Chean, berharap kelemahan menangani banjir besar di beberapa negeri dan banjir kepala air di Kedah pada tahun ini tidak akan berulang.


"Kami berharap pihak Kerajaan yang terdiri daripada Kerajaan Persekutuan, negeri, dan pihak berkuasa tempatan mengambil iktibar daripada banjir kilat dahulu terutamanya banjir di Baling pada bulan Julai yang meragut tiga nyawa termasuk seorang wanita hamil empat bulan dan bersikap lebih serius dalam persediaan menghadapi kemungkinan bencana alam.


"Dalam hal ini, Kerajaan harus memberikan keutamaan kepada pemindahan mangsa yang terdiri daripada golongan rentan khususnya keluarga yang mempunyai wanita hamil, orang Kelainan Upaya (OKU) dan warga emas yang tinggal bersendirian di dalam komuniti," katanya.


Menurut Ker Chean lagi, data lokasi amat penting kerana boleh menentukan keberadaan terkini golongan yang berisiko berkenaan.


"Oleh itu Wanita KEADILAN menyeru Kerajaan mengumpulkan data terkini mengenai lokasi kediaman golongan berkenaan supaya operasi pemindahan mangsa banjir boleh berlangsung dengan berkesan.


"Pimpinan pada peringkat komuniti setempat juga memainkan peranan penting dalam operasi pemindahan mangsa banjir," katanya lagi.


Sehubungan itu, Wanita KEADILAN menyeru pemimpin-pemimpin komuniti untuk bersedia bertindak sekiranya Kerajaan gagal memberikan maklumat kritikal tersebut apabila kawasan mereka ditimpa banjir kilat

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page