top of page

Banjir di N Sembilan tiada kaitan aktiviti pembalakan - MB



Kejadian banjir di Negeri Sembilan baru baru ini merupakan fenomana alam berkaitan perubahan iklim berikutan pemanasan global. Tiada satu pun yang boleh dikaitkan dengan aktiviti pembalakan.


Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata demikian dalam Sidang Media Pasca Mesyuarat Exco di Wisma Negeri, semalam.


Katanya, gambar timbunan kayu yang hanyut di halaman sebuah rumah kampung di Pantai, Seremban yang tular beberapa hari kebelakangan ini merupakan kayu kayu reput dan kerja-kerja pembersihan di lokasi tersebut telah dilakukan, mengambil masa dua hari.


"Saya jemput semua kalau nak lihat sendiri, daripada kita hanya bercakap, boleh datang dan lihat sendiri apa yang berlaku di Gunung Berembun (kawasan didakwa berlaku pembalakan).


"Ambil gambar dan boleh nilaikan sendiri sama ada kawasan itu kawasan pembalakan atau pun apa yang berlaku adalah kejadian alam," katanya dipetik.


Beliau mengulas gambar halaman sebuah rumah yang dipenuhi kayu reput dalam kejadian banjir bulan lalu yang mengundang persepsi kononnya berpunca daripada aktiviti pembalakan.


"Gambar itu bagi saya nakal dan saya berharap ia tak berulang lagi.


"Saya tak tahu di tempat (negeri) lain, bagi saya di Negeri Sembilan ia bukan isu pembalakan,” katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page