top of page

Banjir di Johor: Amaran banjir bukan gurauan, Umno masih mahu PRU musim tengkujuh?



Kejadian banjir kilat di beberapa kawasan di Johor Bahru semalam memberi gambaran awal bahawa musim tengkujuh tahun ini pasti akan berlaku banjir meskipun mungkin tidak seburuk pada tahun lalu.


Bagi Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir, Kerajaan BN - PN dalam hal menangani bencana perlulah lebih serius menanggapi amaran banjir Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan bukan menganggap hal itu satu gurauan sehingga sanggup mencadangkan untuk meredah banjir melaksanakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 pada musim tengkujuh tahun ini.


"Awal pagi semalam, warga Johor Bahru dikejutkan dengan hujan lebat sehingga mengakibatkan banjir kilat di 10 kawasan serta di jalan-jalan utama.


"Sementara daerah Johor Bahru merangkumi 5 buah Parlimen iaitu Johor Bahru, Pulai, Iskandar Puteri, Pasir Gudang dan Tebrau, kejadian banjir kali ini juga meliputi di daerah Pontian dan Muar yang menyebabkan ada mangsa terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).


"Saya difahamkan penduduk di enam buah kampung di sekitar Kayu Ara Pasong, Pontian melaporkan kejadian banjir kilat kali ini antara terburuk yang pernah mereka alami sejak 30 tahun lalu," kata Akmal dalam satu kenyataan.


Tegas Pengarah Strategi KEADILAN itu, meskipun MetMalaysia menjangkakan fasa peralihan monsun hanya akan berlaku pada bulan Oktober dan Monsun Timur Laut pada November, kejadian seperti banjir kilat seperti di Johor Bahru memberi gambaran negara dan setiap negeri, termasuk Johor perlu membuat persiapan sebaik baiknya bagi menghadapi kemungkinan bencana dan keadaan luar jangka pada hujung tahun ini.


Sehubungan itu, Akmal bertanya, adakah pemimpin Umno Johor sanggup menggadaikan keselamatan rakyat negeri itu untuk berkeras melaksanakan PRU 15 pada bulan November ini.


"Mengambil kira kenyataan Perdana Menteri bahawa tarikh pilihan raya akan bergantung kepada mesyuarat Umno pada 30 September 2022, saya bertanya adakah pemimpin Umno dari Johor seperti Datuk Seri Khaled Nordin, Naib Presiden dan YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Setiausaha Agung Umno merangkap Ahli Parlimen Pontian akan menyatakan pendirian secara terbuka mewakili penduduk Johor yang terkesan dengan kejadian banjir, untuk menangguhkan hasrat presiden parti itu mengadakan pilihan raya tahun ini?" tanyanya lagi.


PRU ke 15 mempunyai tempoh berbaki 8 bulan sehingga Mei 2023 apabila penggal Parlimen tamat. Malah PRU boleh diadakan sehingga Julai 2023, iaitu tarikh paling akhir selepas Parlimen terbubar secara automatik jika tidak dibubarkan oleh PM Ismail Sabri Yaakob.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page