top of page

Banjir di Iskandar Puteri belum reda



Hujan telah melebihi 24 jam di Parlimen Iskandar Puteri dan banjir telah menenggelamkan kawasan rendah.


Menurut Ketua Angkatan Muda (AMK) Iskandar Puteri, Lee Ming Wen (gambar, dua dari kanan), hujan yang masih lebat hingga ke malam membawa risiko lebih banyak kawasan akan ditenggelami air.


"Baru tadi saya bersama YB Dzulkefly, Ketua Cabang Iskandar Puteri, Sdr Ramesh, Ketua Wanita Cabang dan AMK, AJK Cabang Iskandar Puteri meronda kawasan yang dilanda banjir.


"Hujan masih belum berhenti, ada kemungkinan paras air naik semula malam nanti. Semoga mangsa banjir dapat makanan yang diberikan dan dapat berpindah ke tempat Pusat Pemindahan Sementara," katanya.


Sehubungan itu, AMK Johor sedang menyiapkan pasukan sukarelawan untuk membantu mangsa-mangsa banjir.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page