top of page

Banjir di Hang Tuah Jaya, penduduk naikkan bendera merah


Jika bendera putih yang dinaikan sebelum ini tanda terputus bekalan makanan, bendera hitam pula menyatakan bosan melihat kerajaan gagal maka penduduk di Parlimen Hang Tuah Jaya hari ini menaikkan bendera merah


Menurut Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, tindakan penduduk Taman Melawis, Bukit Beruang itu dilakukan akibat rasa marah yang amat sangat kepada Kerajaan Negeri Melaka dan kerajaan pusat yang gagal mengatasi masalah banjir berulang-ulang di kawasan kediaman mereka.


"Kenapa penduduk menaikkan bendera merah? Kerana mereka rasa tertekan dan tentunya marah dengan kelembapan pihak Kerajaan Negeri, khususnya berkaitan dengan isu banjir.


"Faktanya, pada 17 Mei lalu kita diduga dengan banjir besar dan yang terkesan antaranya kawasan Hang Tuah Jaya. Pagi itu saya turun ke Taman Melawis, kita meredah banjir dahsyat bersama JPAM, mengharung air ke paras dada membantu mangsa banjir.


"Pada 18 Mei, sehari selepas banjir saya menulis surat rasmi kepada Exco banjir. Di Melaka kita punya Exco yang menjaga pengurusan banjir, iaitu Exco Pembangunan Daerah, Luar Bandar dan Pengurusan Banjir, Datuk Seri Idris Harun.


"Dalam surat itu dinyatakan secara khusus mengenai masalah banjir di Hang Tuah Jaya. Sebelum menghantar surat saya berbincang dengan ADUN kawasan, mantan Exco bawah kerajaan Pakatan Harapan dulu.


"Kita mahu Exco banjir berikan ruang saya sebagai Ahli Parlimen dan ADUN dalam kawasan Hang Tuah Jaya, duduk semeja dan mencari jalan terbaik menyelesaikan masalah ini," kata Shamsul dalam siaran di Facebook, petang tadi.


Menurut beliau yang juga merupakan Ketua Penerangan KEADILAN, masalah banjir di Taman Melawis tersebut perlu diselesaikan segera bagi mengelakkan penduduk lebih sensara.


Kata Shamsul, walaupun Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man telah mengumumkan pada 8 April lalu kerajaan Melaka menerima peruntukan RM7.4 juta bagi mengatasi banjir kilat, namun tidak diketahui adakah projek telah dijalankan di kawasan Hang Tuah Jaya, terutama membaiki pam di kolam takungan banjir yang rosak.


"Pada 8 April terima peruntukan, pada 18 Mei saya dan ADUN mengutus surat (kepada Exco). Namun kita merasa sedih dan saya berkongsi kemarahan dengan penduduk yang menaikkan bendera merah kerana 5 Julai baru-baru ini banjir lagi.


"Di kawasan ini ada 3 kolam tadahan, tetapi yang jadi masalah pamnya tidak berfungsi. Isu ini perlu dihighlightkan supaya Exco banjir dapat bersama-sama dengan kita mengatasi masalah," katanya.


Tambah Shamsul lagi, penduduk juga telah menubuhkan jawatankuasa bertindak banjir di kawasan itu dan telah menghantar memorandum kepada semua pihak yang berkenaan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page