top of page

Banjir besar di Baram, logjam di Hulu Rajang: Kerajaan GPS-PN Sarawak perlu bertanggungjawab

Updated: Sep 8, 2021



Banjir kayu balak atau 'logjam' dan banjir besar yang semakin kerap berlaku di beberapa kawasan di Sarawak baru-baru ini memerlukan pertanggungjawaban segera kerajaan Perikatan Nasional (PN) negeri kerana amat merugikan penduduk sekitar.


Bagi Ketua Cabang KEADILAN Baram, Roland Engan dan KEADILAN Cabang Hulu Rajang, Abun Sui Anyit, punca banjir tersebut harus disiasat serapi mungkin dan tindakan tegas perlu diambil sekiranya membabitkan aktiviti pembalakan di hulu sungai.


Kata mereka, banjir logjam sebelum ini amat membahayakan penduduk kerana sisa kayu balak yang hanyut boleh merempuh kediaman dan harta benda rakyat.


"Kejadian yang mengejutkan kita ialah sisa kayu balak hanyut yang dikenali sebagai logjam di Sungai Baleh, satu cabang Sungai Rajang.


"Kejadian pertama berlaku pada tahun 2010. Waktu itu “tuhan” atau “petara” dalam Bahasa Iban dikaitkan kononnya marah di atas kegiatan penebangan hutan yang berleluasa di hulu Baleh, Sarawak. Maka satu majlis “miring” bagi menenangkan “petara” tersebut di salah satu tempat di tebing sungai Baleh telah diadakan.


"Kali kedua berlaku lagi pada 21 Ogos 2021. Tetapi kali ini pemimpin Kerajaan Negeri Sarawak nampaknya meneka dengan agak tepat siapakah “petara” yang menyebabkan logjam tersebut, iaitu pembalak-pembalak di kawasan hulu Baleh. Lantas mencadangkan lesen pembalakan mereka tidak diperbaharui.

Hanyutan sisa kayu balak di Hulu Rajang

"Oleh itu, KEADILAN Sarawak menggesa pihak Kerajaan Negeri menyiasat dengan terperinci logjam yang berlaku di Baleh dan hasil siasatan mesti didedahkan kepada orang awam secara telus," kata mereka dalam satu kenyataan.


Bagaimanapun, menurut mereka lagi, banjir yang berlaku di Baram semalam agak luar biasa dan perlu siasatan lain untuk ditentukan puncanya, adakah berkaitan aktiviti pembalakan serta sama ada bencana tersebut boleh boleh berulang dalam masa terdekat.


Kata mereka, alasan curahan hujan terlalu banyak yang diberikan oleh pihak kerajaan tidak boleh diterima.


"Cerita hampir sama berlaku di Baram, cuma bukan logjam tetapi banjir yang agak luar biasa. Tidak seperti yang pernah berlaku sebelum ini.


"Pada 4 September lalu, Pekan Long Lama dilanda banjir besar. Kampung-kampung di sepanjang sungai Baram dan cabang-cabangnya seperti Tutoh, Apoh dan Tinjar juga kerap dilanda banjir. Gambar yang viral di media sosial menunjukkan keseluruhan Pekan Long Lama ditenggelami air.


"Pihak Kerajaan terutamanya Jabatan Hutan Sarawak memberi alasan hujan lebat sebagai penyebab logjam di Baleh Hulu Rajang dan banjir yang melanda Baram, serta tempat-tempat lain. Seolah-seolah pihak berkuasa tidak sedar hujan telah berlaku sejak berzaman tetapi tidak lah kejadian banjir begini teruk pernah berlaku.


"Yang sangat menghairankan sampai hari ini, Menteri yang berkuasa penuh terhadap perhutanan dan pembalakan di Sarawak senyap seribu bahasa dalam isu bencana alam di Sarawak yang semakin teruk ini," ujar mereka kesal.


Sehubungan itu, Roland yang juga Naib Pengerusi KEADILAN Sarawak dan Abun Sui merangkap Ketua Penerangan KEADILAN Sarawak mendesak agar Kerajaan Negeri mengambil tanggungjawab penuh untuk membuat kajian segera mencari jalan menyelesaikan punca kejadian banjir, serta menangani banjir di Baram yang telah berlaku 3 kali dalam tahun ini.


"Jika Menteri berkenaan tidak dapat atau gagal melaksanakan tanggungjawab menangani logjam dan banjir ini, adalah lebih baik beliau meletak jawatan sahaja kerana Menteri atau wakil rakyat yang tidak ada kuasa berkaitan alam sekitar Sarawak pula yang kedengaran berbunyi umpama tin kosong kerana kejadian banjir ini bukan bidang kuasa mereka.


"Kepada Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri James Masing yang mencadangkan agar lesen-lesen pembalakan di Baleh tidak diperbaharui, bolehkah beliau melaksanakan ini?


"Kenapa Menteri berkaitan isu ini tidak bersuara? Malah Menteri lain yang tidak ada kuasa dan tiada kaitan pula bising menyalahkan pembalak-pembalak?" kata mereka lagi.


Tegas kedua-duanya, biar pun terdapat kenyataan demi kenyatan dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri dan dari parti-parti kerajaan Sarawak setakat ini tetapi semuanya tidak memberikan apa-apa solusi berkenaan masalah malapetaka alam sekitar.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page