top of page

Banjir Baling: Air banjir serta balak robohkan jambatan, rumah - Johari



Banjir besar yang melanda Daerah Baling di kawasan Kupang menyaksikan banyak kemusnahan harta benda berlaku.


Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Kedah, Datuk Johari Abdul berkata, banjir kali ini amat luar biasa kerana membawa bersama pokok pokok besar yang didakwa penduduk sebagai balak hanyut merempuh jambatan dan rumah.


"Kejadian banjir ini bukan seperti banjir biasa kerana terdapat lambakan pohon-pohon besar (balak) di sekitar tempat kejadian.

KEADILAN negeri menghulur bantuan

"Aliran banjir beserta balak juga telah merobohkan jambatan yang menjadi laluan utama penduduk di kampung terbabit," katanya dalam lawatan hari kedua di tempat kejadian.


Tambah ADUN Gurun itu, banjir yang melanda cukup serius terutama di kampung Ibor, Kupang yang telah merobohkan rumah penduduk


"Sungai bagaikan terusan, rumah-rumah lenyap dari tapak asal


"Begitulah yang boleh digambarkan di lokasi kejadian (kepala air) ini," katanya ketika memberi sumbangan barangan makanan daripada Pusat Khidmat Parlimen Sungai Petani kepada mangsa terlibat.


Selain itu, pihak Bomba dan Penyelamat, Bulan Sabit Merah serta beberapa NGO berganding bahu membantu dan mengagihkan bekalan keperluan di pusat-pusat pemindahan.


Johari bersama pimpinan KEADILAN Kedah menziarahi pusat pemindahan dan operasi mangsa banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Jerai, Baling, pagi tadi.


Setakat petang ini kerja kerja pembersihan puing puing banjir mula dilakukan menggunakan jentera berat.


Dilaporkan 3 PPS dibuka untuk memindahkan lebih 1,400 orang mangsa banjir.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page