Banjir akibat perubahan iklim, nilai semula peraturan alam sekitar



Banjir yang baharu surut di Selangor dan Pahang bukanlah sesuatu yang biasa terjadi sebelum ini tetapi berkait rapat dengan perubahan iklim atau climate change yang melanda dunia.


Bagi Bendahari Agung KEADILAN, Lee Chean Chung, berdasarkan perkembangan baharu itu, Kerajaan seharusnya memikirkan semula mengenai agenda alam sekitar dan peraturan peraturan baharu pembangunan di negara ini.


"Banjir besar telah pun melanda Semenanjung Malaysia minggu lepas. Bukan sahaja tempat “biasa” seperti Kuantan, Temerloh dan Raub yang terjejas, kita melihatkan kejadian banjir turut berlaku di tempat yang jarang berlaku seperti Taman Sri Muda, Shah Alam, Karak dan sebahagian Bentong.


"Ini bererti apa yang dianggap sebagai luar biasa telah pun menjadi satu kebiasaan. Apa yang dianggap mustahil berlaku telah berlaku, dan apa yang jarang akan menjadi semakin kerap.


"Apabila dikaitkan dengan banjir besar yang berlaku di Jerman, Amerika Syarikat, Sudan Selatan dan Congo-Brazzaville tahun ini, kita boleh menyimpulkan bahawa isu perubahan iklam bukan lagi sesuatu yang jauh daripada Malaysia, tetapi sesuatu yang mengejutkan kita pada lewat malam, bahkan telahpun meragut puluhan nyawa warganegara.


"Persoalannya, adakah kerajaan akan terus menunggu banjir berlaku setiap tahun, ataupun bertindak?" tanya Chean Chung dalam kenyataan hari ini.

Lee memberi bantuan banjir kepada mangsa di Pekan Sungai Lembing, Kuantan.

ADUN Semambu, Pahang itu jelas bimbang sekiranya Kerajaan masih tidak faham mengenai cilamate change dan puas hati dengan lawatan Menteri-menteri dan penyerahan pampasan yang tidak seberapa untuk mangsa.


Katanya, jika Kerajaan tidak berada dalam minda penafian maka beliau mencadangkan beberapa tindakan wajar untuk diambil bagi mengelakkan bencana dahsyat itu daripada berulang pada masa hadapan.


"Kerajaan dalam hal ini hendaklah menilai semula dasar pembalakan dan pembangunan yang terlalu padat.


"Penggondolan bukit dan pemusnahan hutan akan mengurangkan daya takungan air semulajadi, dan seterusnya mengakibatkan air terus mengalir serta berkumpul menjadi bah.


"Mengikut pengiraan saya, dengan menggunakan Laporan Kewangan Pahang 2020, saya dapati sebanyak 26% hasil Pahang datangnya daripada kegiatan pembalakan dan perlombongan. Peratusan ini harus dikurangkan dan digantikan dengan hasil yang lebih mapan," katanya yang juga mencadangkan Kerajaan menggubal dasar perubahan iklim dan pengurangan pengeluaran karbon.


Menurut Chean Chung, pengeluaran karbon berkait rapat dengan suhu dunia dan menjadikan iklim bumi semakin tidak stabil lalu kesannya dirasai dengan bencana banjir kilat, musim kemarau yang panjang atau taufan yang tidak menentu. Malaysia, katanya, wajar menyahut cabaran sedunia dengan menerajui agenda perubahan iklim dan sasaran pengurangan pengeluaran karbon.


Selain itu, beliau juga mencadangkan pelan penyelamatan mangsa banjir dirombak semula.


"Operasi menyelamat yang kelam-kabut dan tidak diselaraskan wajar dijadikan satu ikhtibar kepada kerajaan untuk merombak semula institusi dalam peranan penebatan, pencegahan, penyelamatan, bantuan dan pembinaan semula.


"Kerajaan wajib mengambil trajedi ini sebagai satu pengajaran untuk menambahbaik kelemahan ketara yang sedia ada," katanya.

Tambahnya, pembatalan cuti menteri dan kakitangan awam serta gimik turun padang tidak akan dapat menyelamatkan harta dan nyawa rakyat.


Hal yang lebih penting, tegas Chean Chung adalah pengakuan atas kelemahan dasar pembangunan sekarang, memandang serius tentang agenda perubahan iklim dan bertindak ke atasnya

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER