Bangunkan Generasi Usahawan Madani Bumiputera 2050

Updated: Mar 17, 2025

Oleh: Dr Bam Al-Haj
ULASAN: Untuk menjadi sebuah negara maju memerlukan tenaga profesional, mahir dan separa mahir.
Sejak merdeka pada 1957 Malaysia telah berusaha menyediakan tenaga mahir dan profesional dalam pelbagai bidang.
Menurut statistik KPT pada 2019, terdapat sebanyak 158 IPTA (universiti awam, kolej universiti, politeknik dan kolej komuniti) dan 436 IPTS (universiti, kolej universiti, kolej swasta dan cawangan universiti luar negara). Hampir kesemuanya boleh dikatakan menjadi pengeluar tenaga profesional dan mahir. Jutaan jumlahnya.
UiTM sahaja mempunyai enrolmen seramai 55,000 pelajar setiap tahun. Jumlah pelajarnya pula mencecah 175,000 orang. Jumlah pelajar IPTA dan IPTS warganegara Malaysia kini berjumlah 657,709 orang dan 574,331 orang.
Namun apabila saban tahun kita mengeluarkan lulusan universiti dan kolej yang terlalu ramai, sedangkan kerja yang ditawarkan semakin berkurangan, terjadilah lambakan tenaga kerja.
Sejarah kegemilangan tamadun Melayu
Jika ditelusuri sejarah bangsa Melayu, kita pernah menjadi bangsa pelayar, pedagang dan pahlawan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka (1402-1511).

Apabila dijajah, bangsa Melayu meneruskan survivalnya melalui dua perkara. Pertama, nenek moyang kita bertahan kerana adanya tanah warisan untuk bercucuk tanam. Kedua, kerana pegangan hidup beragama yang menjadi faktor motivasi dan pemersatu bangsa.
Setelah merdeka, bangsa Melayu menjadi bangsa pekerja makan gaji, baik di sektor awam mahupun swasta. 1.4 juta sebagai kakitangan kerajaan dan hampir 3 juta pula bekerja di sektor swasta.
Era pasca normal tuntut jadi usahawan
Namun zaman pasca normal (postnormal times) kini menuntut kita untuk menjadi bangsa usahawan. Dahulu ada blue-print untuk mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perniagaan Bumiputera (MPPB) melalui Kongres Bumiputera anjuran DPMM.
Namun cita-cita itu tidak berjaya walaupun sejak DEB dilancarkan pada 1971, hingga kini sasaran pemilikan ekuiti bumiputera sebanyak 30% masih gagal dicapai. Lebih malamg lagi tanah rizab Melayu yang menjadi tempat bergantung bangsa Melayu, banyak yang tergadai, dan kini hanya tinggal sekitar 12%.
Peranan kerajaan tingkat kedudukan Melayu
Kerajaan melalui 66 agensi latihan dan pendanaan dengan perbelanjaan lebih RM100 bilion masih belum mampu mewujudkan masyarakat usahawan Melayu dan jauh ketinggalan berbanding bangsa Cina dan India.

Di manakah silapnya? Kenapakah sampai sekarang usahawan Melayu belum berkembang setanding dengan orang lain? Bahkan minat generasi muda untuk berniaga juga belum menyeluruh. Melayu masih suka bekerja makan gaji.
Mungkin pengalaman sepak terajang bidang perniagaan dan keusahawanan masih kurang. Memang sudah ada yang berjaya. Memang sudah lahir jutawan-jutawan Melayu tetapi tidak seramai jutawan bangsa lain.
Banyaknya jutawan Melayu hanya berjaya menjadi kontraktor dan pembekal produk, dan perkhidmatan daripada tender-tender kerajaan. Itupun lebih kepada hubungan akrab mereka dengan pemimpin politik dan amalan Ali Baba, bukan kerana merit dan keupayaan sebenar.
Peluang makan gaji berkurangan
Peluang pekerjaan makan gaji nampaknya semakin berkurangan. Ramai graduan menganggur selepas setahun menjadi graduan. Tidak kurang yang terpaksa menjadi pemandu e-hailing untuk meneruskan kehidupan menyara diri dan keluarga.
Maka sudah sampai masanya pihak kerajaan memikirkan semula strategi jangka panjang bagi membangunkan generasi Madani yang berjiwa keusahawanan.
Mindset keusahawanan perlu dipupuk dan disemai sejak di peringkat awal lagi, setidak-tidaknya di peringkat menengah dan universiti.
Kewujudan MARA dan KUSKOP (Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi) amat penting dalam usaha membangunkan ekosistem keusahawanan yang benar-benar kondusif untuk perkembangan dan kemajuan masyarakat usahawan di kalangan orang Melayu dan Bumiputera.
Selain MARA, kewujudan INSKEN dan IKMa sebagai agensi latihan keusahawanan dan koperasi di bawah KUSKOP amat kritikal bagi tujuan tersebut. Ia disokong oleh lapan agensi lain di bawah kementerian sebagai pelengkap dari segi pendanaan.
Dasar Keusahawanan Negara 2030 nampaknya belum mencukupi bagi melakar dan mewujudkan usahawan yang berdaya maju.
Strategi usahawan Melayu 2050
Apa yang perlu difikirkan ialah strategi jangka panjang hingga 2050. Kita perlu sekurang-kurangnya 25 tahun lagi untuk benar-benar berhasil membangunkan Generasi Usahawan Madani yang berdaya saing dan berdaya maju.
Rasanya tidak salah kita belajar daripada kejayaan bangsa Cina yang kini menguasai lebih 70% perniagaan dan perdagangan di negara ini. Bahkan kita juga perlu belajar daripada kejayaan orang Jepun, Korea Selatan dan China yang kini muncul sebagai pesaing kuat dunia perniagaan dan perdagangan Barat.
Sesungguhnya survival masa depan bangsa Melayu dan Bumiputera di negara ini bergantung kepada keupayaan membangunkan generasi usahawan. Sembilan per sepuluh kekayaan dunia ini datangnya daripada perniagaan.
Takkanlah orang Melayu hanya layak berniaga di pasar-pasar malam, Pasar Tani, bazar Ramadan atau warung di tepi jalan sampai kiamat?
Kita mesti melahirkan 100 bahkan seribu jutawan setiap tahun sehebat Syed Mokhtar al-Bukhary, Ramly "Burger" Mokni dan ramai lagi yang bermula dari bawah.
Dalam era digital kini, kita perlu meninggalkan sikap berpegang kepada pepatah "rezeki secupak takkan jadi segantang". Memang "yang pipih takkan datang melayang dan yang bulat takkan datang menggolek" tetapi jika mindset keusahawanan dapat dimulai dan ditanam ke dalam jiwa anak-anak muda Melayu dan Bumiputera tidak mustahil impian itu boleh dicapai dan direalisasikan.
"Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya" harus menjadi pegangan kita.
Usahawan Madani
Resepi MADANI sudah menggariskan gagasan yang mencukupi bagi mewujudkan generasi usahawan yang mencapai kesejahteraan (prosperity) dan kemampanan (sustainability) melalui daya cipta (innovation), hormat (respect), keyakinan (trust) dan ihsan (care and compassion).
Kerajaan MADANI perlu melahirkan usahawan yang berkualiti dan mampu bersaing di peringkat global.
Negara kita kaya dengan segala macam sumber yang mencukupi untuk menjadi negara maju. Jika Singapura yang kecil dan tidak mempunyai sumber itu berjaya menjadi negara maju, kenapa tidak Malaysia.
Kita juga mempunyai agama Islam yang Rasulnya juga seorang usahawan yang berjaya dan boleh dipercayai semasa mudanya.
Bukankah perintah wajib membayar zakat dalam Rukun Islam itu sebenarnya adalah perintah untuk umat Islam menjadi kaya dan menjadi pembayar zakat dan pemberi infaq sebanyak-banyaknya kepada hatta orang bukan Islam sebagai misi dakwah bil hal?
Oleh itu, kita perlu melahirkan sekurang-kurangnya 20% usahawan daripada keseluruhan guna tenaga yang ada. Untuk mencapai hasrat ini, setidak-tidaknya empat buah universiti awam dan dua buah universiti swasta mesti dijenamakan menjadi universiti keusahawanan.
MARA, INSKEN, pelbagai agensi latihan keusahawanan dan pendanaan perlu berkolaborasi untuk melatih, membimbing dan memperkasa usahawan baru dan pertengahan supaya mampu melonjakkan pencapaian mereka.
Ini penting kerana usahawan akan mencipta peluang pekerjaan. Makin ramai usahawan yang berjaya maka makin banyaklah peluang pekerjaan dapat diwujudkan. Lihatlah bagaimana Grab dan pelbagai syarikat e-hailing mencipta peluang baharu gig ekonomi kepada anak-anak muda sekarang.
Contohilah bagaimana DIY, 99 Speedmart dan Richiamo mencipta pelbagai peluang pekerjaan untuk anak-anak muda di negara ini.
Sektor pertanian, penternakan dan perikanan perlu berkembang mencipta peluang keusahawanan dan peluang pekerjaan. Begitu juga dengan bidang-bidang profesional dan berimpak tinggi. Bidang pemasaran digital, AI dan IoT perlu dipelajari untuk menghasilkan produk yang lebih kreatif dan inovatif.
Fokus bidang keusahawanan
Fokus negara juga perlu diberikan kepada bidang keusahawanan. Semua agensi latihan keusahawanan perlu berkolaborasi dan saling melengkapi antara satu sama lain.
"Blue Ocean Strategy" melalui pasaran industri halal boleh berkembang menguasai pasaran global, sekurang-kurangnya kepada sasaran hampir 2 bilion umat Islam di seluruh dunia kini.
Selain itu, sektor koperasi, waqaf dan keusahawanan sosial perlu benar-benar diperkasa dan dimantapkan. Langkah kerajaan memperkenalkan program Sejati Madani perlu diperhalusi dan diberikan latihan agar bajet RM1 bilion yang diberikan sebagai geran itu tidak wajar hangus begitu sahaja.
Pembinaan Generasi Usahawan Madani perlu dimulakan sekarang. Kejayaan bangsa Melayu akan diukur sama ada kita berjaya menguasai 50% ekonomi negara dalam 20 - 25 tahun akan datang.
Ataukah kita hanya menjadi "katak di bawah mangkuk kaca" yang hanya mampu melihat kejayaan bangsa lain tetapi tidak berbuat apa-apa.
Kuasa politik yang sedia ada perlu dimanfaatkan untuk membina mindset usahawan di kalangan generasi muda hari ini.
Jika pimpinan kita sekarang gagal menyedarinya, kita pasti akan gagal untuk bersaing pada masa akan datang.
Dr Bam Al-Haj merupakan penulis bebas dan ahli NeuroMarketing Strategist.




SX88 mình vừa lướt thử vì thấy bạn bè nhắc, kiểu vào xem giao diện có dễ dùng không thôi. Vào cái là thấy trang phản hồi nhanh, chuyển qua lại mấy mục không phải chờ lâu nên cảm giác khá mượt. Mình để ý họ làm bố cục theo từng khối nhìn rõ ràng, chữ không bị dồn dập nên đọc lướt vẫn hiểu đang ở phần nào. Mấy đoạn giới thiệu cũng viết gọn, không nhồi quá nhiều thứ lên đầu trang nên đỡ rối mắt. Nói chung nhìn như họ ưu tiên trải nghiệm người dùng hơn, nhất là cách sắp xếp menu và các khung nội dung hiển thị khá thân thiện. Thích nhất là phần…
ManClub dạo này thấy nhiều người nhắc nên mình cũng bấm vào xem thử cho biết, kiểu lướt qua giao diện với cách họ sắp xếp nội dung thôi. Ấn tượng đầu tiên là nhìn khá hiện đại, màu phối nhẹ mắt nên ngồi đọc không bị mỏi. Mình không đăng ký hay chơi gì, chỉ xem phần giới thiệu thì thấy họ có nói về bảo mật kiểu mã hóa nhiều lớp, nghe cũng yên tâm hơn chút khi để thông tin cá nhân. Cái mình thích là trang chia khối rõ ràng, tiêu đề nổi bật nên kéo xuống vẫn theo kịp, không bị rối. Mấy hiệu ứng chuyển mục cũng mượt, bấm qua lại không bị giật,…
KP88 mình mới ghé thử vì thấy mọi người nhắc hoài, kiểu vào xem giao diện ra sao thôi. Ấn tượng đầu là trang nhìn “sạch”, chia khối nội dung rõ nên không phải đoán nút này dẫn đi đâu. Mình chủ yếu coi thể thao, thấy họ để phần sự kiện khá nổi, lướt một chút là gặp ngay và có ghi đâu đó tầm 2.000 sự kiện nên nhìn cũng yên tâm là không thiếu thứ để theo dõi. Chữ nghĩa trình bày gọn, tiêu đề to vừa đủ, đọc trên điện thoại không bị rối hay phải zoom qua zoom lại. Kéo xuống là từng block tách bạch, nhìn cái là bắt nhịp được ngay với cách…
NOHU90 mình vào thử vì thấy mọi người nhắc hoài, kiểu tò mò xem giao diện ra sao thôi. Ấn tượng đầu là trang nhìn khá thoáng, tiêu đề to rõ nên lướt một vòng là biết đang ở đoạn nào, không bị rối mắt. Mình dùng điện thoại là chính mà kéo xuống vẫn mượt, các khối nội dung tách riêng nên đọc đỡ bị “dính chữ” vào nhau. Có đoạn họ nói xử lý giao dịch nhanh tầm 2–4 phút, cái này đọc thấy hợp lý vì mình cũng ngại chờ lâu. Nói chung cảm giác họ làm trang theo kiểu gọn gàng, dễ theo dõi, đặc biệt là mấy heading và block nội dung chia ra rất…
X88 mình lướt thử vì thấy bạn bè nhắc hoài, kiểu vào xem giao diện ra sao thôi. Ấn tượng đầu là trang làm khá “sạch”, chia nội dung theo từng khối rõ ràng nên kéo trên điện thoại không bị rối mắt. Mình cũng thấy họ để phần cập nhật khuyến mãi cho hội viên khá dễ nhìn, không phải bấm qua lại nhiều mới biết đang có gì. Chữ tiêu đề to vừa đủ, khoảng cách giữa các đoạn ổn nên đọc nhanh vẫn nắm được ý chính. Nói chung cảm giác họ ưu tiên người xem lướt nhanh, thông tin đặt ngay trước mặt chứ không giấu trong menu. Mình thích nhất là mấy heading lớn tách…