top of page

Bangun semula Gaza: Guna pengalaman bantuan kepada Bosnia

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 2
  • 2 min read

ree

Tindakan sesetengah pihak mempersoalkan hasrat Malaysia untuk membantu membangunkan semula Gaza, Palestin amatlah tidak wajar.


Bagi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan, Malaysia bukan pertama kali membantu membangunkan semula kawasan konflik yang musnah dibom sewaktu peperangan.


Apatah lagi, katanya, dana pembangunan semula Gaza nanti juga diperolehi daripada instrumen wakaf yang tentunya bukan hanya dana kerajaan terlibat.


"Masih ada pihak yang mempersoalkan usaha murni membangunkan Gaza.


"Berkenaan bandar wakaf yang ingin dibangunkan oleh Malaysia di Gaza, ada instrumennya tersendiri memandangkan ada pemberi wakaf dan penerima wakaf tersebut.

M'sia tubuh badan Bertindak Bosnia
M'sia tubuh badan Bertindak Bosnia

"Juga penting untuk membangunkan semula Gaza, bagi menyediakan tempat pulang untuk para pelarian Palestin," katanya dalam muatnaik di Facebook.


Dr Zulkifli membidas kritikan bekas menteri sebelum ini yang mengingatkan kerajaan agar mengutamakan membaiki kemudahan insfrastruktur daif di negara ini sebelum membangunkan semula Palestin.


Tegas Dr Zulkifli, Malaysia pada tahun 1990an, ketika menteri berkenaan memegang kuasa tidak pula memikirkan hal sedemikian ketika membantu membangunkan Bosnia Herzegovina yang hancur musnah akibat dilanda perang.


Katanya, pada waktu itu ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan Timbalan Perdana Menteri, Malaysia bukan sahaja menghantar pasukan pengaman di bawah Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu, membina semula kemudahan awam malah banyak pelarian Bosnia yang diterima dan ditempatkan di negara ini.

ATM menjadi anggota pengaman di Bosnia
ATM menjadi anggota pengaman di Bosnia

"Ramai pemimpin tertinggi Bosnia sama ada dalam kerajaan mahupun swasta di sana, merupakan lulusan sekolah pelarian Bosnia di Bangi dan graduan UIAM di Gombak.


"Malaysia mempunyai tempat yang istimewa di dalam hati rakyat Bosnia, terutamanya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Malahan sewaktu Pilihan Raya Umum lepas, Mantan Mufti Bosnia, Syeikh Dr Mustafa Ceric dalam videonya yang tular, menyeru rakyat Malaysia mengundi dan memilih PMX sebagai Perdana Menteri.


"PMX memang dikenali sebagai aktivis yang konsisten mengangkat isu penderitaan umat di seluruh dunia, termasuk di Bosnia, Palestin dan Afghanistan sedari dulu," katanya.


Mengenang peristiwa bersejarah bantuan Malaysia ke atas Bosnia, kata Dr Zulkifli, adalah amat wajar negara pada waktu ini membantu pembangunan semula Gaza.


"Ramai rakyat Bosnia menzahirkan kesyukuran dan ucapan penghargaan buat Malaysia yang banyak membantu mereka.


"Bantulah seikhlas hati, walau sedekat mahupun sejauh manapun saudara kita yang sedang ditimpa ujian. Kerana kemanusiaan itu merentas sempadan," katanya lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page