top of page

Maruah bangsa, agama dicabuli alasan politik hidupkan semula MN 2.0

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 days ago
  • 2 min read

Updated: 2 days ago

ree

Alasan menarik UMNO keluar dari Kerajaan Perpaduan kerana kerajaan sedia ada didakwa menekan orang Melayu dan Islam adalah mengarut sama sekali.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Johor, Fakharuddin Moslim dakwaan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh bahawa maruah bangsa dan agama dicabuli hanyalah alasan politik untuk menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN) 2.0 bersama Pas.


"Alasan itu jadi asas Akmal Salleh seru Muafakat Nasional dibentuk semula bersama Pas.


"Kita faham, Akmal pro (bekas perdana menteri) Najib Razak. Muafakat Nasional ini alasan sahaja untuk mereka rasa boleh kembali berkuasa dan mahu Najib dibebaskan," katanya dalam muat naik di media sosial.


Fakharuddin mengingatkan bahawa sistem perundangan di Malaysia tidak memperuntukkan hukuman tahanan rumah kerana itu mahkamah telah menolak permohonan menempatkan Najib dalam tahanan rumah yang menjadi asas bantahan beberapa pihak dalam UMNO.

 Fakharuddin Moslim
 Fakharuddin Moslim

"Di Malaysia, tidak ada undang-undang berkaitan tahanan rumah. Jadi harapan untuk Najib Razak menerima tahanan rumah telah ditolak mahkamah," katanya.


Mengulas peranan Pas pula, beliau menyifatkan usaha menghidupkan MN 2.0 adalah percubaan terdesak berikutan hubungan parti itu dengan Bersatu semakin rapuh dan mungkin 'bercerai berai' selepas ini.


"Pas pernah jadi kerajaan. Suatu ketika, Pas bentuk MN bersama UMNO. Tetapi, Pas khianat UMNO kerana Pas mahu bersama Muhyidin Yasin dari Bersatu.


"Akhirnya, Muafakat Nasional tidak diteruskan. Kini, Pas mahu mewujudkan Muafakat Nasional semula, kerana hubungan Pas dengan Bersatu retak menanti belah," sinisnya.


Dalam pada itu, tegas Fakharuddin, tiada pihak dalam Kerajaan Perpaduan yang tidak mahu memperkukuh kedudukan bangsa Melayu namun Kerajaan Madani menolak penggunaan sentimen kaum untuk tujuan politik sempit.


"Saya pun mahu melihat bangsa Melayu kuat, dan jadi bangsa yang baik. Tetapi, Muafakat Nasional hanyalah auta orang politik (untuk mendapatkan kuasa)," katanya.


Beliau turut mempersoalkan dakwaan segelintir anggota UMNO kononnya agama dan bangsa tertekan sedangkan UMNO merupakan sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan dan Presidennya memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.


Jika benar bangsa dan agama hilang maruah, katanya, soalan itu perlu ditanya kepada menteri Kabinet dalam kalangan pemimpin UMNO, bukannya menyerang membuta tuli Kerajaan Perpaduan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page