top of page

Banggakah kita rakyat perlu kerja 3.5 bulan hanya untuk beli iPhone 14?



Kuasa belia rakyat Malaysia merosot teruk ketika Apple iPhone 14 dilancarkan pada awal September lalu.


Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN, Lee Chean Chung, tidak banyak yang mampu membeli telefon pintar berkenaan biar pun di negara maju alat seperti itu boleh dimiliki oleh pekerja rencam atau pekerja kedai makanan segera.


"Peminat iPhone di Malaysia ramai, cuma yang betul-betul mampu membeli hanya sebahagian daripada kita sahaja. Contohnya, iPhone 14 Pro (128GB) dijual pada harga RM5299.


"Dengan gaji minima rakyat sekarang iaitu RM1,500 sebulan pekerja perlu bekerja sebanyak 3.53 bulan tanpa makan, tidur dan ke mana-mana untuk memperolehi iPhone tersebut!


"Kajian Numbeo yang mengambil gaji purata sesebuah negara menunjukkan bahawa rakyat Malaysia perlu bekerja sebanyak 29.2 hari untuk membeli iPhone, berbanding dengan 4.6 hari di Switzerland, 5.7 hari di Amerika Syarikat, dan 6.1 hari di Australia.


"Ertinya, dengan usaha dan hasil titik peluh yang sama, mereka boleh memiliki lebih 5 buah iPhone berbanding dengan kita," katanya dalam kenaytaan hari ini.


Meskipun, kata ADUN Semambu itu, terdapat pihak yang akan menyindir jika tidak mampu maka belilah telefon jenama lain.


Namun jelasnya, iPhone bukanlah barangan mewah di negara lain tetapi dianggap mewah di negara ini.


"Kita wajar tanya, mengapakah pemandu teksi, pekerja KFC dan tukang pembersihan di negara-negara maju mampu memiliki iPhone, tetapi kita tidak?


"Menteri Kewangan Tengku Zafrul begitu gembira dengan kejatuhan nilai mata wang ringgit. Tapi sedarkah kemerosotan ringgit juga membawa kepada kenaikan harga.


"Pada tahun 2018, kadar pertukaran nilai mata wang adalah RM3.90 kepada AS$1. Sekiranya ringgit tidak jatuh seperti yang dibanggakan oleh Tengku Zafrul, iPhone 14 Pro hanya berharga sekitar RM4,500 sahaja, iaitu RM800 lebih murah berbanding dengan harga sekarang!


"Situasi yang sama juga terpakai ke atas Starbucks, McDonald, Milo, susu bayi, ubi kentang dan daging lembu yang mana harganya akan naik dan naik menjadikan kita kurang mampu menikmati kehidupan yang setaraf dengan usaha kita. Hasilnya, iPhone adalah alat mampu milik di negara maju lain, tetapi hanya untuk orang kaya di Malaysia," katanya.


Tegas beliau, akibat ketidakmampuan kerajaan BN memerintah maka ekonomi Malaysia mengecut dalam dua dekad dan rakyat semakin terhimpit kehidupan mereka.


"Kemerosotan ringgit 20 tahun secara berterusan telah pun mengecutkan kuasa beli rakyat, mengurangkan pekerjaan yang bernilai tinggi, dan memudarkan masa depan anak muda. Kita perlu serius menyusun semula struktur ekonomi, dan bukan berbangga-bangga dengan kejatuhan ringgit," katanya lagi.


Justeru beliau mengingatkan rakyat agar tidak lagi mengundi BN atau PN dalam Pilihan Raya Umum ke 15 demi memperolehi Perdana Menteri yang lebih berwibawa untuk memulihkan ekonomi dan daya saing negara.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page