top of page

Bandingkan kejayaan Kerajaan Madani - kerajaan PN - Amirudin



Kejayaan polisi pentadbiran Kerajaan Madani haruslah dibandingkan dengan pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelumnya.


Hal itu dinyatakan dalam ucapan khas Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Amirudin Shari di Konvensyen Penerangan KEADILAN Pusat di Saujana Hotel, Subang, hari ini.


Menurut Amirudin, PN sering berhujah mengingatkan perkara baik yang mereka buat sepanjang 3 tahun memerintah tetapi sebenarnya polisi itulah yang menambah hutang negara dan menyebabkan kenaikan harga barang.


"PN tidak mempunyai apa kebanggaan pun menjaga kebajikan rakyat.


"Apa yang besar selain Perintah Kawalan Pergerakan adalah (polisi) subsidi upah (ketika sektor ekonomi ditutup). Subsidi ini adalah yang melonjakkan hutang negara. Melonjakkan sehinga 65% daripada KDNK. Dulu hanya 55%.


"Siapa yang melonjakkan? Muhyiddin Yassin.


"Sebaliknya kita menaikkan jumlah Sumbangan Tunai Rahmah, PM yang menaikan kadarnya. Bonus penjawat awam, inilah dalam 15 tahun kita mampu beri RM2000. Zaman Muhyiddin RM500 sahaja," katanya.


Tegas Menteri Besar Selangor itu, penerangan KEADILAN tidak boleh terikut ikut dengan isu kenaikan harga barang dan beberapa isu lain yang dimainkan pembangkang.


Sebaliknya perlu mempropagandakan prestasi cemerlang Kerajaan Madani.


Katanya lagi, PN juga tidak berani berdebat di Parlimen mengenai polisi ekonomi sepanjang mereka memerintah kerana terbukti dengan pengeluaran berkali kali caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja menyebabkan rakyat tidak mempunyai simpanan mencukupi di hari tua.


"Saya sebut di Parlimen, tak mampu PN bangun (berbahas) sebab mereka selain (beri) subsidi upah, benarkan KWSP dikeluarkan berkali kali kali (tiada polisi yang lebih baik).

Sehingga di umur tua rakyat, kata pakar ekonomi hanya punya simpanan RM3 untuk kehidupan mereka sebab KWSP dikeluarkan banyak kali


"Kerajaan PN (sewaktu memerintah) tak mampu hasilkan duit. Inflasi memuncak yang buat PN, harga barang naik puncanya PN tetapi mereka kata ini salah kerajaan (Madani).


"Kita kena ada keberanian untuk terangkan di bawah (keburukan PN) dengan fakta dan sebagainya," kata beliau lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page