top of page

Bandar besar perlu rancang pembangunan komprehensif, jimat kos rakyat

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 days ago
  • 2 min read

PM Anwar melancarkan Pelan Tempatan Kuala Lumpur (PTKL) 2040 bersama Menteri Wilayah, pagi tadi
PM Anwar melancarkan Pelan Tempatan Kuala Lumpur (PTKL) 2040 bersama Menteri Wilayah, pagi tadi

Oleh: Helmi Mohd Foad


Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan agar pembangunan masa hadapan di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dilaksanakan secara komprehensif dengan sesuatu kawasan dilengkapi kemudahan seperti sekolah dan klinik.


Perdana Menteri berkata pembangunan melalui pemikiran secara 'luar kotak' itu dapat mengurangkan kos pengangkutan dan menjimatkan masa dari segi pengurusan keluarga.


"Bangunan-bangunan tinggi harus ada semua keperluan yang lain, di bawah bukan saja kedai untuk disewa, harus ada tadika. Kalau boleh sekolah dan klinik kerajaan.


"Jadi kemudian kerana itu akan mengurangkan kos. Sebab itu kita melihat dari segi yang lebih komprehensif, terangkum. Dia nak hantar anak dia di sekolah itu, tidak memerlukan kenderaan, tidak memerlukan masa, ganggu soal kerja dia. Jadi sekolah itu berhampiran ataupun di bawah rumah dia," katanya ketika berucap melancarkan Pelan Tempatan Kuala Lumpur (PTKL) 2040 di Kuala Lumpur hari ini.


Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif.


Anwar yang juga Menteri Kewangan turut mengulangi saranannya tentang kepentingan mewujudkan sekolah vertikal atau bertingkat namun ia perlu dipastikan mempunyai kemudahan mencukupi terutamanya dari segi keselamatan murid-murid.


"Kalau pun sekolah itu di bangunan tinggi, tetapi lif itu harus dikhaskan kepada pelajar-pelajar supaya tidak ganggu keselamatan dan keselesaan mereka," ujarnya.


Selain itu kata beliau pembangunan sekolah vertikal perlu dipastikan tidak menyebabkan kesesakan sebaliknya mementingkan keselesaaan walaupun dibina di kawasan perumahan.


Dalam hal ini kata beliau Putrajaya telah memulakan konsep sekolah vertikal tersebut selain kerjasama juga dijalankan dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk melaksanakannya di Pulau Pinang dengan mengambil kira soal kekangan tanah tetapi tidak mengabaikan aspek keselamatan, keindahan, keselesaan pelajar-pelajar.


"Semuanya harus difikirkan kerana soal kos sara hidup itu satu masalah bagi mana-mana negara, mana-mana masyarakat, cari jalan dan saya syukur Alhamdulillah kerana bila kita usulkan hal ini, ia cepat.


"Sebab itu, segera siapkan di Putrajaya, Pulau Pinang, di Kuala Lumpur, Shah Alam, Johor Bahru dan beberapa parameter itu telah diputuskan oleh perbandaran dan diawasi oleh KPKT tetapi juga [Kementerian] Pendidikan kalau melibatkan pendidikan," ujarnya.


Tambah beliau, bangunan yang lengkap dengan kemudahan tersebut juga boleh dibina di kawasan-kawasan luas berhampiran stesen-stesen MRT.


"Jadi ini akan mengurangkan juga isu-isu masalah pengangkutan yang kita hadapi di mana-mana kota besar. Jadi selain daripada apa yang disebutkan, saya berterima kasih kerana beberapa isu utama digariskan dalam PTKL2040 ini termasuk perumahan mampu milik dan kehidupan bandar yang seimbang," kata beliau.

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page