Calon DUN Balingian, Haji Abdul Jalil Bujang berjanji akan menyelesaikan krisis perumahan di DUN berkenaan sekiranya diberi mandat pada pilihan raya 18 Disember ini.
Katanya, majoriti isi rumah di Balingian lebih daripada 4 orang dan perlu dibuka kawasan perumahan baharu dengan diberi peruntukan oleh Kerajaan Negeri.
"KEADILAN akan memperjuangkan rumah mampu milik untuk rakyat di Balingian dan Mukah yang masih jauh ketinggalan di bawah kerajaan GPS
"Isu perumahan rakyat miskin tegar di Balingian kita lihat amat mengecewakan kerana rumah rakyat di sini usang dan dan sering pula dilanda banjir, terutama sekitar Balingian dan Mukah," katanya.
Menurut Abdul Jalil lagi, ada juga kes sekeluarga 15 orang menghuni satu rumah.
Di samping itu banyak juga rumah yang tiada bekalan elektrik.
"Pada tahun 2012, Perumahan Mesra Rakyat telah dilancarkan di Mukah dan seramai 20 buah keluarga telah membuat permohonan.
"Walau bagaimanapun, hampir 10 tahun kemudian, rumah tersebut masih belum dibina dan hasrat rakyat untuk memiliki rumah sendiri masih belum menjadi kenyataan," katanya.
Apabila rumah terlalu sesak, kata Jalil lagi, suasana menjadi tidak kondusif untuk pembentukan keluarga yang baik dan sejahtera. Hal itu, katanya, memberi mendalam kepada keluarga yang terlibat
"Akhirnya ada anak muda yang berkeliaran tanpa hala tuju dan senang terpengaruh dari segi gejala dadah dan aktiviti yang memudaratkan. Kemungkinan juga berlaku gangguan seksual sangat membimbangkan," katanya.
Beliau turut kecewa dengan sikap pemimpin GPS ketika krisis perumahan melanda rakyat mereka hidup dalam kemewahan memiliki rumah besar dan mewah di Kuching.
"Kerajaan Sarawak dari Pakatan Harapan akan memberi komitmen membina lima puluh ribu rumah mampu milik untuk rakyat dalam masa 5 tahun, termasuk rakyat di Balingian.
"Ini adalah kerana KEADILAN percaya rumah yang selamat dan selesa adalah asas kepada membina keluarga yang sihat dan sejahtera serta mengalakkan mobiliti sosial," katanya lagi.
Comentarios