top of page

Bakul Makanan Madani Bandar Tun Razak: Aktifkan kerjasama kerajaan, swasta, NGO

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 5
  • 1 min read


Agensi kerajaan, Pusat Khidmat Bandar Tun Razak dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini menjayakan program bakul makanan bersama Komuniti Bandar Tun Razak.


Menurut satu kenyataan, Program Bakul Makanan MADANI bersama Komuniti Bandar Tun Razak itu bertujuan untuk memberi bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik di sekitar kawasan parlimen berkenaan.


Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang merasmikan majlis tersebut berkata, program yang diadakan hari ini jelas menunjukkan keprihatinan kerajaan dan agensi agensinya dalam membantu golongan memerlukan.


"Program ini simbol keprihatinan kerajaan terhadap kesejahteraan rakyat, terutama mereka yang terjejas akibat tekanan ekonomi yang semakin meningkat.


"Usaha ini bukan sahaja memberi manfaat langsung kepada penerima tetapi juga mengukuhkan semangat kerjasama antara pelbagai pihak untuk mencapai matlamat bersama – iaitu membantu mereka yang memerlukan dalam suasana penuh solidariti

dan kasih sayang," katanya.


Menurut kenyataan itu lagi, objektif program adalah bagi menyediakan bantuan makanan kepada golongan yang kurang bernasib baik; memperkukuhkan kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, NGO dan masyarakat untuk membina jaringan sokongan sosial yang lebih kuat; juga Menggalakkan semangat gotong-royong dan tanggungjawab bersama dalam membantu golongan rentan.


Manakala rakan kongsi program berkenaan pula ialah Suruhanjaya Koperasi Malaysia melalui Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR); Pejabat Parlimen Bandar Tun Razak; Dapoq Street Cheras menaja jamuan ringan; Islamic Socioeconomic Development Foundation (ISDEF) & Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai penaja kelengkapan dan persiapan program termasuk penyediaan ruang, peralatan, serta pengurusan logistik untuk kelancaran acara.


Selain daripada penyampaian bakul makanan kepada 150 penerima Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah juga berkesempatan untuk merasmikan Dapoq Street Cheras, sebuah inisiatif perniagaan yang diusahakan oleh usahawan bumiputera dari Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page