top of page

Bakul makanan lambat sampai, rakyat Sabah hilang sabar dengan GRS


Rakyat Sabah dilihat sudah semakin hilang sabar terhadap kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) apabila lewat menghantar bantuan bakul makanan seperti yang dijanjikan sebelum ini.


Menurut portal IniSabahBah, lebih sejuta rakyat Sabah masih belum menerima bantuan bakul makanan.


Ini selepas Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun mendedahkan hanya sejumlah 102,730 bakul makanan telah diagihkan di seluruh negeri itu.


Ini bermakna sebilangan besar setiap keluarga di Sabah masih belum menerima bakul makanan.


Sedangkan Timbalan Ketua Menteri Bung Moktar sebelum ini berjanji bahawa rakyat yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan menerima bantuan tersebut, sejajar dengan penambahan peruntukan berjumlah RM160 juta yang diumum oleh Ketua Menteri, Hajiji Noor.


Namun setelah beberapa hari, janji yang tinggal janji itu akhirnya membangkitkan kemarahan sebilangan penduduk Tawau yang mengadakan perhimpunan aman sebagai tanda protes.


Ini kerana penduduk di kawasan itu amat memerlukan bekalan makanan, namun tidak dibenarkan berbuat demikian disebabkan terikat dengan SOP dan PKPD.


“Masuk hari keempat apa jenis bantuan makanan pun tidak diberi seperti yang diumum oleh Menteri.


“Bekalan makanan dari luar tidak dibenarkan masuk. Ketua kelurga yang mahu berbelanja keperluan rumah tidak dibenarkan keluar. Ahli keluarga bawa makanan sampai pagar pun tidak boleh!" lapor IniSabahBah.


Rakyat Sabah memberi kepercayaan kepada GRS dalam pilihan raya lalu untuk mentadbir kerajaan negeri, namun lain pula cara mereka membalas budi dan mandat rakyat.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page