top of page

Bakar karikatur PM: Wanita KEADILAN Sabah kecam protes melampau

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 15 minutes ago
  • 1 min read

Wanita KEADILAN mengecam perbuatan mahasiswa dalam satu demonstrasi anti rasuah di Kota Kinabalu pada Ahad lalu yang membakar karikatur Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Bagi Exco Wanita KEADILAN Pusat, Junaidah Makku (gambar) yang mewakili suara Wanita KEADILAN Sabah, perbuatan ekstrem seumpama itu amat tidak sesuai malah bertentangan dengan budaya rakyat Sabah yang beradab serta hormat menghormati antara pelbagai kaum.


"Saya mewakili suara Wanita KEADILAN Sabah menyatakan kekesalan dan kecaman terhadap tindakan membakar karikatur Perdana Menteri Malaysia dalam satu bentuk protes baru-baru ini.


"Sebagai wanita Sabah yang menjunjung nilai majmuk, adat ketimuran dan budaya sopan, kami menolak sekeras-kerasnya sebarang tindakan provokatif, kasar dan menghina — walau atas nama bantahan.


"Ia bertentangan sama sekali dengan roh perjuangan reformasi yang kami dukung, iaitu perjuangan yang berteraskan nilai, adab juga keadilan," katanya dalam satu kenyataan.


Beliau yang tidak menolak demonstrasi diadakan bagaimanapun berkata, seharusnya protes dilakukan dengan tertib dan tidak mencetuskan provokasi.


Protes keterlaluan, katanya, hanya akan mencemarkan suara rakyat, memesongkan fokus gerakan melawan rasuah, dan membuka ruang kepada manipulasi politik.


"Wanita KEADILAN Sabah menyeru rakyat, khususnya anak muda, untuk terus menyuarakan pendirian dengan keberanian yang berpaksikan adab.


"Tegas dalam pendirian, tetapi tertib dalam tindakan. Lawan penyelewengan, tetapi jangan sampai mengorbankan maruah.


"Kerana perjuangan yang luhur lahir dari jiwa yang mulia, lidah yang berhemah, dan prinsip yang tidak mudah digoyahkan," katanya lagi.


Insiden membakar karikatur PM semalam dilaporkan berlaku pada hari kedua Perhimpunan Gempur Rasuah Sabah 2.0 di Lintasan Deasoka, Jalan Gaya, Kota Kinabalu.


Sekumpulan mahasiswa yang berdemonstrasi bertindak berani mengakhiri himpunan anti-rasuah mereka dengan membakar karikatur PM Anwar Ibrahim yang juga Presiden KEADILAN.

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page