top of page

Bakar karikatur: PM larang ambil tindakan atas mahasiswa, sifat ihsan, kebapaan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 25
  • 2 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Tindak balas Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap tindakan segelintir mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang membakar karikatur wajahnya dengan melarang tindakan buang universiti, ternyata di luar jangkaan masyarakat.


Menurut Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Amidi Abdul Manan tindakan pemimpin berusia 77 tahun itu jelas mencerminkan sifat ihsan dan kebapaan yang tinggi dengan meletakkan masa depan pelajar terlibat sebagai keutamaan.


Ujarnya, sekarang merupakan minggu ke-14 iaitu minggu terakhir pembelajaran sebelum memasuki minggu ulangkaji dan seterusnya minggu peperiksaan.


''⁠Sudah tentu jika tiada pertimbangan yang lahir daripada seorang bekas pemimpin mahasiswa (Anwar), segala proses perundangan akan dilaksanakan mengikut tempoh waktu tanpa memikirkan minggu peperiksaan pelajar terbabit.


''Namun perkara itu tidak pernah berlaku ketika saya memimpin gerakan pelajar pada 1998 sewaktu pemerintahan Tun Mahathir sebagai PM.


''Ada pelajar yang dipanggil ke balai polis untuk memberikan kenyataan ketika dalam minggu genting semester akademik,'' katanya yang mengenang kembali detik mencabar itu.


Dalam pada itu, Amidi juga menyuarakan harapan agar pihak pengurusan UMS dapat memberikan penjelasan yang meyakinkan berhubung isu gangguan bekalan air yang berlarutan sejak sekian lama.


Masalah air, katanya, turut menjadi pencetus ketidakpuasan hati mahasiswa.


''Saya meyakini kematangan para mahasiswa ini.. jika mereka diberikan penjelasan yang jujur tanpa berselindung, mereka boleh berfikir secara rasional.


''⁠Mahasiswa sudah muak dengan alasan dan saya dapat merasai keperitan hidup tanpa bekalan air yang sempurna terutamanya menjelang minggu peperiksaan.


''Saya juga pernah ditahan reman di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada 1998 ketika menjadi pemimpin mahasiswa.


''Saya mendoakan agar Saudara M Fadhli M Kasim tabah dan terus cekal demi memperjuangkan kebajikan mahasiswa UMS khususnya isu bekalan air di kampus utama,'' katanya merujuk kepada pemimpin Penyelaras Gempur Rasuah Sabah, Muhamad Fadhli Muhamad Kasim.


Pada 22 Jun lalu, karikatur Anwar yang juga Presiden KEADILAN dilaporkan dibakar pada hari kedua Perhimpunan Gempur Rasuah Sabah 2.0 di Lintasan Deasoka, Jalan Gaya, Kota Kinabalu, Sabah.


Kumpulan berkenaan bertindak berani mengakhiri himpunan anti-rasuah itu dengan membakar karikatur Anwar.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page