
Pengajaran daripada siri Pilihan Raya Negeri Melaka dan Johor adalah ketidakmampuan KEADILAN menurunkan jentera di peringkat cabang dan sekali gus menyukarkan gerak kerja kempen.
Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran untuk Pilihan Raya Umum ke 15 sesiapa yang berhajat untuk menjadi calon perlu memastikan mempunyai jentera atau mereka tidak akan dipilih.
"Ada kelemahan dalam jentera (pilihan raya). Bagaimana satu cabang tidak boleh tonjolkan 50 - 60 orang jenera pengerak parti.
"Kalau kumpul jawatankuasa cabang, AMK dan Srikandi ada lebih 100 orang tetapi jentera 100 itu pun tak ada dan kita nak hadapi pilihan raya.
"Dalam penilaian kita kali ini bakal calon yang tidak ada persiapan jentera yang boleh kita semak, jangan harap akan diangkat jadi calon. Kita ini dah sampai ke tahap selesa betul
"Kita hantar bantuan ke surau, masjid itu kerja kita, tetapi bantuan itu bukan membantu kita dalam mempersiapkan jentera, itu berbeza. Kerja sebagai ADUN dan Ahli Parlimen harus diteruskan tetapi strategi menyusun jentera harus ada," katanya.
Anwar juga teruja dengan barisan kepimpinan baharu dan sokongan yang ditunjukkan oleh anggota serta perwakilan.
Katanya, kali ini satu barisan kepimpinan yang mantap telah terbentuk dan parti menjadi kuat semula seperti sebelum pengkhianatan.
"Hari ini menyaksikan satu semangat dan kekuatan yang sudah lama kita tidak saksikan. Kita saksikan satu semangat baru di kalangan ahli KEADILAN, bukan komited dalam perjuangan tetapi komited bekerja. Kalau saudara kurang kerja puak yang rasuah dan menindas itu akan terus berkuasa
"Kita ada jawapannya (kepada masalah negara), ada yang berpengalaman ada tokoh baru. Sekarang kita perlu bangkit. Kalau tanya saya sepak terajang politikm maka hari ini dan dengan kekuatan keadilan, saya cukup yakin kita boleh dan mampu menumbangkan kerajaan yang ada," katanya.
Dengan kekuatan yang dibarisi pendukung setia, anak muda inovatif dan kreatif pemikiran itu, Anwar meramalkan KEADILAN dan Pakatan Harapan akan sekali lagi menang PRU ke 15.
"InshaAllah, pilihan raya ini akan memberikan sejarah yang betul betul tulen.
"2018 betul kita capai (kemenangan) dan menjadi sejarah. Tetapi malangnya kita tidak boleh bawa agenda reformasi.
"Dua minggu sekali saya jumpa, menggesa PM ketika itu, semua dia setuju, tetapi tak jalan. Kalau kita berjaya kali ini, janji kita kepada rakyat, kita tunaikan sepenuhnya," kata beliau lagi