top of page

Bajet 2025: KDN perkasa penguatkuasaan, perkukuh kesiapsiagaan agensi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 7
  • 1 min read

ree

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerima peruntukan sebanyak RM19.5 bilion di bawah Belanjawan 2025 lalu telah menggunakan dengan sebaik baiknya peruntukan tersebut bagi memperkukuh keupayaan keselamatan negara, mempertingkat profesionalisme agensi penguatkuasaan dan memastikan keselamatan rakyat kekal menjadi keutamaan.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, peruntukan itu bukan sekadar angka di atas kertas, sebaliknya mencerminkan komitmen Kerajaan Madani dalam memperkukuh kesiapsiagaan agensi di bawah KDN seperti PDRM, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).


"Peruntukan ini bukan sekadar angka, tetapi cerminan komitmen Kerajaan Madani untuk memperkukuh kesiapsiagaan agensi di bawah KDN, termasuk PDRM, Jabatan Imigresen, AADK dan APMM — supaya lebih cekap, telus dan berintegriti dalam melindungi negara dan rakyat," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Saifuddin, peruntukan itu digunakan sengan sebaik baiknya dalam pelaksanaan Reformasi KDN 2025.


Hasilnya, kata beliau, dapat dilihat melalui tindakan tegas kementerian dalam membanteras jenayah pemerdagangan dan eksploitasi manusia.


Beliau berkata, pengukuhan operasi bersama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan pihak berkuasa tempatan pula menunjukkan impak besar terhadap usaha membendung jenayah tersebut.


"Hasilnya, sebanyak 45 serbuan berjaya dilaksanakan, 249 individu ditahan, dan 144 mangsa eksploitasi manusia berjaya diselamatkan," ujarnya.


Tambah Saifuddin, pencapaian itu membuktikan keberkesanan reformasi yang digerakkan di bawah Belanjawan 2025, yang bukan hanya berfokus kepada aspek penguatkuasaan semata-mata, tetapi juga nilai kemanusiaan.


"Pencapaian ini membuktikan keberkesanan reformasi yang digerakkan di bawah Belanjawan 2025 KDN — di mana setiap tindakan bukan sekadar penguatkuasaan, tetapi juga usaha menyelamatkan maruah dan nyawa manusia," tegas beliau.

1 Comment


Bao Hai
Bao Hai
Oct 07

iwin club là cổng game đổi thưởng hàng đầu Việt Nam do iwin it com phát triển, với 500+ trò chơi hấp dẫn như game bài, slot, thể thao. Giao diện hiện đại, nạp rút siêu tốc, bảo mật chuẩn quốc tế.

Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page