top of page

Bajet 2023: RM17 bilion subsidi rakyat dipotong, peruntukan kontrak kerajaan melonjak RM97 bilion



Belanjawan 2023 biar pun ditabur gula gula menjelang pilihan raya namun realiti pahitnya, kerajaan memotong RM 17 bilion subsidi rakyat.


Bagi Pengarah Dasar KEADILAN, Wong Chen, belanjawan yang dibentangkan pada petang Jumaat itu amat jelas tidak memihak kepada rakyat marhaen yang bakal terjejas teruk kehidupan mereka menghadapi kemungkinan kemelesetan ekonomi dunia pada tahun hadapan.


"Bajet 2023 sangat jelas bajet untuk elit dan golongan kaya.


"Apabila nak laksanakan perbelanjaan, subsidi untuk rakyat miskin dan golongan pertengahan, semua subsidi ini dikurangkan sehingga RM17 bilion berbanding 2022," katanya.


Sebaliknya, menurut Ahli Parlimen Subang itu, perbelanjaan untuk kontrak kerajaan melonjak kepada RM97 bilion dan tidak pernah terjadi sebelum ini.


"Satu sisi ekstrem ialah perbelanjaan kerajaan melonjak setinggi RM97 bilion, melibatkan kontrak kerajaan.


"Kontrak kerajaan ini melibatkan siapa? Ia hanya memberi faedah kepada kontraktor yang mempunyai kaitan dengan taikun taikun kerajaan. Bukan semua orang boleh dapat kontrak kerajaan. Hanya golongan terlampau kaya dan ada hubungan sahaja yang dapat.


"RM97 bilion sangat tinggi kerana purata biasanya sekitar RM50 bilion," katanya.


Satu perkara lagi yang menimbulkan kekesalan Wong Chen ialah jangkaan pendapatan per kapita rakyat sepanjang 2023 diramal oleh kerajaan turun kepada RM49,000.


Dengan jangkaan penurunan itu, beliau mempersoalkan mengapakah kerajaan tidak membantu rakyat terbanyak dalam belanjawan kali ini.


"Untuk rakyat, boleh lihat data kerajaan pendapatan per kapita berapa banyak yang kita boleh hasilkan? Pada tahun ini pendapatan per kapita RM50,000. Tahun hadapan mereka jangkakan RM49,000. Penurunan 1.2%. Ini data kerajaan.


"Jadi bila kamu dengar bajet dari Tengku Zafrul (Menteri Kewangan) dia berikan begitu banyak senarai (yang akan dibuat), membantu wanita, alam sekitar dan semua benda tetapi dalam keadaan sebenar bantuan sosial rendah, sekuriti sosial rendah. Cuma satu yang dia tak cakap, RM97 bilion untuk golongan kaya


"Bajet ini terang terang membantu golongan kaya. Mengapa? Ini adalah bajet pilihan raya," katanya.


Justeru, Wong Chen tidak mahu belanjawan kali ini digunakan oleh ahli politik untuk mencari dana selepas membelanjakan banyak wang dalam pilihan raya.


Hal itu katanya akan menambahkan amalan korupsi dalam pentadbiran dan merosakkan imej negara di mata dunia.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page