top of page

Bajet 2023: KKD tumpu selesai isu rangkaian, kualiti internet



Tumpuan pada Belanjawan 2023 bagi Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) ialah mengenai rangkaian dan kualiti perkhidmatan internet.


Hal itu dinyatakan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil ketika bertemu pemberita di majlis Sambutan Tahun Baharu Cina di Lucky Garden Resident, Lembah Pantai pagi tadi


Menurut Fahmi, fokus kementeriannya adalah ingin menyelesaikan masalah rangkaian internet terutama di kawasan terpencil berpenduduk sekitar 3%.


"Fokus kementerian untuk menyelesaikan masalah rangkaian internet terutama kawasan berpenduduk 3% yang terakhir.


"Ini seperti kawasan pedalaman, kampung Orang Asli yang mungkin jaringan fiber bagi banyak syarikat, kosnya tinggi dan kita akan teliti beberapa perkara termasuk penggunaan internet satelit contohnya. Juga beberapa teknologi lain untuk kita selesaikan


"3% ini untuk makluman merangkumi lebih kurang 3,000 kawasan. Jumlah penduduk 50 - 100 orang tetapi penting untuk kita libatkan dalam ekonomi digital," katanya.


Selain itu, Fahmi turut menyentuh mengenai mutu perkhidmatan yang selalu dibangkitkan oleh pelanggan telekomunikasi dan perlu diselesaikan oleh kementeriannya.


"Sekarang kita bayar bil bila kita lewat akan dipotong. Tetapi bila mutu tidak menepati kemahuan kita, tidak pula ada kesan.


"Memang pelanggan boleh buat aduan terhadap mutu perkhidmatan tetapi saya ingin selesaikan secara pukal (masalah). Ada teknologi yang kita teliti dan teknologi ini sedang digunakan bagi beberapa penyelesaian yang telah dilaksanakan oleh MCMC. Kita ingin luaskan penggunaannya," kata beliau lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page