top of page

Bajet 2022 tiada penyelesaian jangka panjang untuk kaum wanita


Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh menyifatkan Bajet 2022 tidak mempunyai penyelesaian jangka panjang untuk wanita.


Beliau berkata, perkara itu amat menghairankan kerana wanita merupakan antara yang paling teruk terjejas oleh pandemik Covid-19, sama ada dari segi ekonomi atau dari segi keganasan rumah tangga.


“Seorang ibu tunggal yang berpendapatan kurang RM2,500 dan mempunyai tiga anak sepatutnya menerima bantuan sebanyak RM2,500. Tetapi ketika ini mereka hanya terima kira-kira RM208 sebulan.


“Apakah langkah jangka panjang kementerian untuk mengeluarkan mereka daripada kemiskinan? Ini tidak dijelaskan dalam bajet,” katanya ketika membahaskan Bajet 2022 di Dewan Rakyat hari ini.


Fuziah turut menggesa kerajaan supaya mewujudkan satu pangkalan data khusus mengenai ibu bapa tunggal dalam kumpulan B40.


"Ini bagi memastikan mereka yang memerlukan mendapat akses kepada bantuan, kerana saya terpaksa melalui sistem e-Kasih, pusat zakat, jabatan kebajikan dan sekolah untuk mendapatkan maklumat mengenai keluarga ini di Parlimen Kuantan sendiri.


"Mengenai pemberian kit asas kepada 130,000 remaja wanita daripada kumpulan B40, kerajaan perlu memberikan tuala wanita yang boleh dibasuh dan bukannya tuala wanita pakai buang, kerana ia lebih mesra alam dan mampan dari segi kewangan," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page