Bajet 2022 sebenarnya lebih besar tetapi rakyat dapat nikmat 'suam suam kuku' - Rafizi



Rakyat Malaysia tidak perlu terpesona dengan retorik kerajaan Umno BN bahawa Belanjawan 2023 adalah yang paling besar dalam sejarah.


Bagi Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli, ungkapan pemimpin BN itu tidak menggambarkan keadaan ekonomi sebenar Malaysia yang parah dan bajet yang tidak menyentuh pembaikan asas ekonomi.


"Menteri (BN - PN) otak mereka zaman Tok Kaduk. Dia fikir dengan umumkan belanjawan paling besar RM327 bilion, akan memenangi hati rakyat. Sebab itu dia baca (belanjawan) dalam Parlimen 2 jam.


"Tapi pakcik makcik ada dengar tak dia mengupas masalah negara? Masalah kewangan negara? Apa punca matawang jatuh, gaji tak naik, pelabur meninggalkan negara? Negara kurang wang sampai kena berhutang?


"Yang disebut orang ini dapat itu, orang itu dapat ini. Dia nak tunjuk konon baiknya BN tabur duit kepada rakyat. Yang kurang cerdik seronok. Sedangkan duit itu bukan duit kerajaan tetapi duit kita sendiri," katanya dalam ceramah Jelajah Trak Ayuh Malaysia di Parlimen Tanjung Malim, Perak, malam tadi.


Rafizi berkata, Menteri Kewangan tidak pernah pun memberitahu rakyat bahawa kewangan negara yang telah dibelanjakan oleh kerajaan BN melalui bajet tambahan sepanjang 2022 telah pun mencecah lebih daripada anggaran Bajet 2023.


"Tahun ini bulan Oktober, berapa ramai yang tahu berapa telah dibelanjakan oleh kerajaan? RM380 bilion. Dia umum tahun lepas dia akan belanja RM332 bilion.


"Jadi bila dia umum tahun depan Bajet RM372 ada nampak pertambahan. Dia rancang belanja tetapi dia dah belanja melebihi bajet tahun ini.


"Dengan jumlah RM380 bilion pun kita tengok hasilnya 'suam suam kuku', tak ada kesan sangat, harga barang tetap naik, ayam tak cukup, kalau tahun depan RM370 bilion dengan seluruh dunia begolak dan kemelesetan ekonomi global, maka tentulah lagi teruk.


"Sebab itu dia tak nak bincang, dia nak umum sahaja. Dia tak nak orang tahu wang tak ada. Negara kita ada masalah besar dari segi kewangan," katanya.


Selain itu, mantan Ahli Parlimen Pandan itu cuba menggambarkan secara mudah kepada anak jati parlimen Tanjung Malim mengapa pelaburan asing yang diperlukan Malaysia untuk membina ekonomi tidak masuk, sebaliknya banyak yang meninggalkan negara.


Katanya, ahli politik BN - PN tidak dilihat mempunyai idea yang menarik dan meyakinkan sejak mengambilalih negara daripada Pakatan Harapan pada 2020.


Isu yang ditimbulkan, katanya, bukan mengenai teknologi atau ilmu pengetahuan terkini tetapi isu Melayu, Cina dan India


"Agak agak pelabur rasa macam mana? Pelabur kata, baik aku pergi Indonesia, nampak lebih bagus. Baik pergi Vietnam, paling kurang mereka boleh buat kerja.


"Jumpa pula Menteri, jumpa Najib. Najib cakap macam macam, dia ada penasihat paling bagus, kemudian Najib panggil Rosmah masuk. Inilah penasihat saya. Agak agak pelabur rasa macam mana? Tengok Najib pelabur tahu dia ini kerja makan duit.


"Apa pelabur buat? Itu yang berlaku sekarang. Sebab itu tanya Menteri Kewangan tak boleh jawab mengapa matawang jatuh mendadak," katanya.


Rafizi turut mengimbau perkara pertama yang beliau tonjolkan ketika mahu kembali semula ke kancah politik sekitar bulan Mac lalu. Ketika itu negara Sri Lanka dilanda krisis ekonomi dan beliau meramalkan negara itu akan bankrap


Namun, katanya kerajaan Sri Lanka beritahu kepada rakyat mereka negara tidak ada masalah, dan tidak sampai 3 bulan selepas itu Sri Lanka tumbang.


Rafizi juga menempelak fakta kononnya kerajaan Ismail Sabri berjaya mengurangkan pengangguran yang kini berada pada kadar 3.8%.


Katanya, angka itu dicapai kerana Malaysia masih menggunakan kayu ukur lapuk yang mana graduan tiada kerja, jual nasi lemak pun dianggap bekerja. Negara katanya, perlu berpindah kepada kayu ukur baharu iaitu pendapatan berasaskan kelayakan akademik.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER