Bajet 2022 paling besar, tetapi hutang negara akan melepasi RM1 trilion


Ahli Parlimen Subang, Wong Chen menyifatkan walaupun Bajet 2022 yang merupakan bajet terbesar dalam sejarah, hutang negara juga akan melepasi RM1 trilion pada tahun depan.


Beliau juga menganggap dengan bajet RM332.1 bilion, ia seolah-olah sebuah bajet untuk pilihan raya.


Katanya, ini berdasarkan dan perbelanjaan pembangunan iaitu RM75.6 bilion.


"Adakah perbelanjaan ini akan membantu ekonomi atau membantu kroni?

Bagaimana kerajaan akan membayar untuk ini?


"Mereka akan meminjam, meminjam dan meminjam. Dengan bajet ini, hutang negara akan melangkaui RM1 trilion pada 2022," katanya.


Manakala, kos pembayaran untuk hutang ini ialah RM43 bilion pada 2022.


"Sebagai perbandingan, bayaran faedah itu lebih besar daripada keseluruhan bajet yang diberikan untuk kesihatan iaitu sebanyak RM32 bilion setahun. Kemampanan fiskal akan menjadi kebimbangan utama," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER