Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin meluahkan kekecewaan terhadap Bajet 2022 terutamanya terhadap sektor Pertanian dan Industri Makanan.
Beliau pendapat, secara asasnya, semua peruntukan dikekalkan, tiada peningkatan dan penurunan.
"Sementara rakyat sedar bahawa kepentingan sekuriti makanan dan kebergantungan kita terhadap import makanan yang berjumlah RM50 billion setahun, kita berharap Kementerian Kewangan akan meningkatkan “tumpuan” kepada sektor pertanian, perikanan dan penternakan.
"Saya tidak nampak ada program baru atau idea baru daripada MAFI," katanya.
Katanya, ia berbeza dengan zaman kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang telah menyusun pelbagai initiatif baru dan program baru yang ingin dilaksanakan.
"Apabila kerajaan memberi pelbagai insentif lumayan kepada pelabur luar negara, kenapa tidak meningkatkan bantuan kepada para petani, nelayan dan penternak yang miskin?
"Pada pendapat saya, kerajaan BN dan PH hanya pay lip service kepada para petani, nelayan dan penternak," katanya.
Comments