top of page

Baiki Stadium Shah Alam: Najib pernah lulus RM1 bilion baiki Stadium Bukit Jalil



Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berasa pelik dengan kenyataan bekas Perdana Menteri Najib Razak yang mempertikaikan kos membaiki kompleks Stadium Shah Alam mencecah angka RM700 juta.


Katanya, ketika mungkin Najib telah lupa semasa era pemerintahan beliau kerajaan BN pernah meluluskan pembaikan dan naik taraf Stadium Bukit Jalil berjumlah RM1 bilion, sedangkan ketika itu stadium berkenaan hanya baru beberapa tahun digunakan.


"Najib nak lawan kita, dia buat (kenyataan) suka hati. Contohnya stadium, dia kata stadium kita tak jaga sebab itu lepas BN perintah, stadium ini terpaksa dibuat baru.


"Dia lupa masa zaman dia jadi PM dia luluskan peruntukan RM1 bilion ubah suai Stadium Bukit Jalil. Stadium itu siap 4 tahun selepas Stadium Selangor.


"Kalau tak tahu jaga stadium, BN lah contoh tak tahu jaga, sampai belanja RM1 bilion untuk naiktaraf kompleks sukan negara di Bukit Jalil," katanya.


Menurut Amirudin, kos RM700 juta baiki stadium tersebut bukan hanya pembaikan stadium utama Shah Alam sahaja tetapi dua lagi stadium tertutup dan mini stadium berhampiran.


"Saya nak betulkan unit stadium, iaitu mini stadium, Stadium Melawati dan Stadium Shah Alam. Nilainya RM700 juta. Ini penilaian bekas pengarah JKR. Ini bukan saya buat penilaian sendiri," katanya.


Kompleks Stadium Shah Alam akan 'dibangunkan semula' dengan kos RM787 juta dan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) telah memenangi tender tersebut.


Stadium Shah Alam terpaksa dibiayai menggunakan kewangan yang amat tinggi kerana terletak di kawasan rendah dan telah mengalami banjir pada tahun 2006, 2015 dan 2021. Akibat banjir tersebut sistem perpaipan dan pendawaian perlu diganti sepenuhnya malah beberapa kawasan perlu ditinggikan dan perlu membina sistem perparitan baharu.


Begitu juga reka bentuk stadium yang dibina oleh kerajaan BN yang agak megah, terutama bumbung stadium menggunakan polikarbonat dan memerlukan kos RM500 - RM1,000 untuk memasang sekeping bahan berkenaan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page