top of page

Baiki segera jalan Pontian - Batu Pahat elak kemalangan maut


Jalan penghubung antara Pontian ke Batu Pahat yang rosak teruk perlu dibaiki segera oleh Kerajaan Pusat bagi mengelakkan berlakunya kemalangan.


Menurut ADUN Senggarang, Ir Khairuddin A Rahim, kerosakan jalan FT 005 tersebut telah ditimbulkan oleh beliau ke dalam sidang DUN tahun lalu namun masih tidak ada tindakan diambil setakat ini.


"Jalan FT 005 dari Pontian ke Batu Pahat ini dibina dan diselenggara oleh Kerajaan Persekutuan di bawah syarikat konsesi Selia Selenggara.


"Keadaan jalan kini teruk dan berlaku mendapan khususnya di kawasan yang membabitkan DUN Senggarang, Rengit dan juga Benut. Saya selaku wakil rakyat di Senggarang ini mahu jalan FT 005 diambil berat oleh kerajaan pusat.


"Saya telah bangkitkan perkara ini di DUN Johor, jawapan yang diterima adalah penyelenggaraan jalan dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke 12 (RMK12). Tapi RMK12 mengambil masa yang panjang dan apa yang saya harapkan jalan ini diberi keutamaan terlebih dahulu,” katanya dipetik.


Ir Khairuddin A Rahim

Selain itu, Khairuddin juga meminta persimpangan di beberapa bahagian jalan berkenaan dinaiktaraf dengan memasang lampu isyarat bagi mengelakkan kemalangan akibat trafik yang semakin bertambah.


Katanya, kerajaan perlu meluluskan peruntukan khas bagi membaiki dan menaik taraf jalan tersebut demi keselamatan rakyat.


"Terdapat kemalangan maut di mana simpang di sepanjang FT 005 tidak mencapai tahap yang selamat untuk digunakan.


"Saya telah menyeru agar pemasangan lampu isyarat di simpang-simpang jalan yang merbahaya dibuat tetapi kerajaan menjawab ianya akan dimasukkan dalam RMK 12. Takkanlah nak tunggu kemalangan maut berulang kali baru kerajaan nak ambil tindakan?


"Ini perkara yang serius dan satu peruntukkan khas harus diberikan bagi menaik taraf atau menyelenggara jalan sebagai kemudahan kepada pengguna.


"Saya harap rakan-rakan (ADUN) lain di sepanjang jalan FT 005 termasuk Menteri Besar (MB) Johor di DUN Benut turut membangkitkan perkara yang sama berkenaan permasalahan kerosakan jalan ini,” katanya lagi.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page