top of page

Bahas segera di Dewan Rakyat isu serangan ke atas anak MP Pandan - Choon Man

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 14
  • 1 min read

ree

Susulan insiden serangan ke atas ahli keluarga Ahli Parlimen (MP) Pandan semalam, Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man (gambar) hari ini menggesa Dewan Rakyat membahaskan segera isu keselamatan wakil rakyat dan anggota keluarga mereka.


Chiew memaklumkan, usul tersebut telah dikemukakan kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul, di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) untuk membahaskan isu keselamatan ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berikutan serangan ke atas ahli keluarga Ahli Parlimen Pandan semalam.


"Perbahasan segera mengenai isu ini adalah amat penting kerana serangan tersebut telah menimbulkan keresahan bukan sahaja dalam kalangan wakil rakyat, tetapi juga masyarakat umum mengenai tahap keselamatan dalam negara.


"Tanpa tindakan segera, (dikhuatiri) sentimen takut dan kurang keyakinan boleh merebak dan menjejaskan tugas wakil rakyat serta aktiviti harian masyarakat," kata Choon Man dalam kenyataan.


Pada 13 Ogos lalu, media melaporkan berlaku serangan fizikal ke atas anak Ahli Parlimen Pandan di luar pusat membeli belah di Putrajaya. Kejadian itu menimbulkan kebimbangan berhubung keselamatan wakil rakyat, khususnya di luar waktu tugas rasmi dan di kediaman peribadi.


Usul Choon Man kini menunggu pertimbangan Speaker Dewan Rakyat untuk diputuskan sama ada akan dibahaskan dalam sidang kali ini.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page