top of page

Bahas idea, cadangan baharu di Kongres AMK - Kamil Munim



Kongres Nasional Tahunan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia yang akan diadakan di PICC, Putrajaya esok merupakan medan untuk mengemukakan idea dan cadangan baharu bagi memperbaiki pemerintahan Kerajaan Perpaduan dan juga perjuangan parti KEADILAN.


Hal itu dinyatakan oleh Timbalan Ketua AMK Malaysia, Muhammad Kamil Abdul Munim dalam kata kata aluan pra-kongres melalui siaran media petang ini.


Menurut Kamil, anggota AMK perlu hadir ke kongres esok bagi mendengar dan menghazam isu serta agenda parti untuk setahun mendatang.


"Kongres KEADILAN adalah satu medan utama, khususnya bagi anggota menzahirkan pandangan, kritikan dan juga saranan bagi pimpinan yang ada, terutama apabila kita menjadi kerajaan memerintah.


"Sudah tentu kongres ini adalah medan untuk menggilap perjuangan kita serta memperbaharui tekad, iltizam perjuangan untuk memastikan segala agenda dan perancangan kita dapat dilaksanakan dengan jayanya


"Perjuangan kita lebih dua dekad ini tidak mampu dilaksanakan tanpa sokongan dan dukungan para anggota. Sudah tentu segala perancangan dan agenda yang dilaksanakan memerlukan sokongan dan dukungan daripada semua," katanya.


Tambah Kamil, kongres kali ini menyediakan ruang menyeluruh untuk membahaskan usul dan isu. Juga memberi nilai tambah serta idea baharu yang lebih segar untuk parti meneruskan kelangsungan perjuangan.


"Kita pastikan anggota dan perwakilan diberi ruang sewajarnya menyatakan pandangan mereka.


"Justeru saya memohon kepada anggota KEADILAN untuk hadir dan menyertai kongres pada tahun ini supaya ruang disediakan parti dapat diisi untuk kita manfaatkan merencana agenda yang lebih besar pada masa akan datang," katanya lagi.




1 comment

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page