top of page

Bahan kempen PH dirosakkan: Calon bayar deposit, ada hak pamer bahan kempen - Fahmi



Perbuatan khianat merosakkan bahan kempen Pakatan Harapan (PH) oleh pihak tidak bertanggungjawab sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke 15 ini amat dikesalkan.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Fahmi Fadzil, sesiapa yang berniat mahu merosakkan bahan kempen tersebut perlu fikir bahawa setiap calon yang disahkan bertanding oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membayar deposit dan berhak mempamerkan bahan kempen masing masing.


"Di beberapa tempat di Permatang Pauh, di Gopeng, Segambut kita lihat ada tindakan khianat merosakkan bahan kempen calon, terutama dari PH


"Contoh wajah Nurul Izzah dalam banner ditoreh, billboard dirosakkan, bendera diangkut dan dibuang dalam parit. Semua tindakan ini tidak munasabah.


"Kita tahu semua calon yang telah disahkan SPR telah membayar deposit untuk bahan kempen. Kita berhak untuk menayangkan bahan kempen di tempat awam, bukan tanah persendirian contohnya. Bagi saya biar semua pihak tayang bahan masing masing selagi mana bahan itu tidak melanggar undang undang," katanya.


Oleh itu, beliau menasihatkan penyokong parti lawan agar jangan terlalu emosi dalam proses pilihan raya.


Bagi pihak berkuasa pula, Fahmi mahu siasatan segera dilakukan andai ada laporan dibuat dan pihak yang terlibat perlu diambil tindakan bagi mengelakkan budaya merosakkan bahan kempen berterusan.


"Kalau ada isu emosi dan sebagainya simpan sahaja. Biar kita bertanding dengan sihat supaya rakyat buat penilaian dan memilih dengan bijak pada 19 November nanti," katanya lagi.


Merosakkan bahan kempen boleh disiasat dan diambil tindakan di bawah Seksyen 4A(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5), Seksyen 427 dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan. Setakat ini beberapa kertas siasatan telah dibuka oleh pihak polis di Kedah, Kuala Lumpur, dan Pahang berhubung tindakan khianat berkenaan.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page