Bagan Datuk daif: Salahkan PH sekat pembangunan, 20 tahun Zahid buat apa?



Hujah Presiden Umno Zahid Hamidi amat lucu apabila menyalahkan Menteri Kewangan Pakatan Harapan (PH), Lim Guan Eng kononnya menyekat projek pembangunan di kawasan berkenaan apabila calon PH Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin bertanya apakah pembangunan yang dibawa Umno.


Shamsul dalam ceramah kelmarin mempersoalkan tempoh Zahid berkhidmat di Bagan Datuk sejak 1995, adakah tidak cukup untuk mendapatkan projek pembangunan bagi penduduk di kawasan itu.


"Saya mahu penyandang parlimen Bagan Datuk menjawab peruntukan parlimen RM3.8 juta itu apa yang diberikan kepada penduduk di sini? Sampai sekarang belum lagi mendapat jawapan dari beliau


"Yang saya dapat jawapan ialah pertanyaan dalam kempen 2 hari lepas, berhubung infrastruktur. Beliau menyalahkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada 2018, kononnya membatalkan banyak projek di Bagan Datuk.


"Dari tahun 1995 sampai 2018, lebih 20 tahun tak kan lah hanya 2018 baru nak buat hospital, balai polis, infrastruktur yang lain? Jangan beri alasan yang pada saya tidak boleh diterima," katanya dalam sidang media pelancaran manifesto PH Bagan Datuk.

Jangan lupa undi calon no 3

Manifesto itu yang singkatannya SAM, iaitu Shamsul, Akujanji dan Manifesto menawarkan 13 janji yang akan dilaksanakan andainya rakyat memberi mandat kepada calon PH sebagai Ahli Parlimen yang baharu pada 19 November ini.


"Pertama isu pentadbiran, kita akan menubuhan Majlis Daerah Bagan Datuk untuk memudahcarakan pentadbiran Bagan Datuk kerana sekarang semua di bawah Majlis Perbandaran Teluk Intan


"Kita juga akan menaik taraf jalan raya, lampu jalan, sistem perparitan dan landskap.


"Jaringan internet HARAPAN, kita akan naiktaraf insfrastruktur telekomunikasi. Ketika pandemik yang lalu antara cabaran masyarakat di sini terutama anak yang belajar dalam talian adalah jaringan internet. Semalam BN lancar pendidikan digital tetapi kalau line internet pun tak ada, macam mana?


"Bantuan perniagaan HARAPAN. Kita akan sumbang bantuan dan modal serta latihan terutama kepada usahawan muda yang baru ingin memulakan perniagaan," katanya.


Shamsul yang juga digelar giant killer di Melaka itu turut berjanji akan memberi latihan kepada usahawan kecil dan usahawan muda untuk memasarkan produk mereka di atas talian bagi meningkatkan jualan ke seluruh negara.


"Digitalisasi perniagaan akan disediakan untuk naik taraf kelengkapan usahawan tempatan. Dalam waktu kempen ini ada NGO latih pilot project kepada wanita di Bagan Datuk terutama bagaimana untuk pasarkan produk secara digital.


"Bakul HARAPAN untuk keluarga yang kurang kemampuan. Di Melaka (parlimen Hang Tuah Jaya) setiap bulan saya berikan 1,000 bakul makanan.


"Juga kita akan sediakan program tuisyen rakyat, biasiswa, subsidi dan yuran melanjutkan pengajian. Program tuisyen rakyat kita boleh beri percuma," katanya.


Selain itu, Shamsul juga berjanji akan mewujudkan program pemerkasaan wanita; naik taraf kemudahan jeti dan kelengkapan nelayan; naiktaraf insfrastruktur pelancongan, bot dan rumah inap desa; memelihara tempat bersejarah seperti Beting Beras Basah dan menaiktaraf rumah ibadat pelbagai kaum serta pengurusan tanah perkuburan yang lebih baik.





0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER