top of page

Bagaimanakah peruntukan kewangan, SOP baharu bantu bangsa banjir?



Banjir yang semakin buruk melanda di banyak kawasan Malaysia akibat perubahan iklim memerlukan peningkatan bantuan kewangan dan Prosedur Standard Operasi (SOP) dalam menanganinya.


Ahli Parlimen Dr Azman Ismail (PH - Kuala Kedah) meminta menteri Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Mastura Mohd Yazid menjelaskan apakah telah berlaku peningkatan bantuan oleh kerajaan susulan banjir besar yang melanda Selangor dan Pahang tahun lalu.


"Dengan fenomena iklim sekarang dan perubahan iklim di banyak tempat mengalami banjir lebih teruk


"Soalan saya apakah peruntukan kewangan untuk membantu mangsa banjir ini telah ditingkatkan, kalau ditingkatkan berapa peratus.


"Kedua, apakah kita telah melihat kembali SOP yang kita gunakan untuk membantu mangsa banjir secara berkala dari masa ke semasa sebab kita nampak perubahan coraknya dari dulu sampai sekarang," katanya dalam soalan tambahan perbahasan Dewan Rakyat sesi pagi.


Bagaimanapun, Datuk Mastura berkata kerajaan masih belum melakukan usaha untuk meningkatkan bantuan kepada mangsa banjir.


Beliau juga menjelaskan SOP kepada NADMA atau pihak berkuasa negeri berhubung banjir pun masih belum diperbaharui.


Namun, katanya, kadar pampasan atau bantuan kepada mangsa yang terjejas teruk akibat banjir kilat boleh menggunakan kadar bantuan bencana sekiranya Kerajaan Negeri mensyorkan banjir tersebut sebagai bencana.

0 comments

Recent Posts

See All

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page