top of page

Bagaimana presiden parti Islam hentam PM buta hati tuduh Melayu angkuh?



Artikel terbaharu Presiden Pas Hj Hadi Awang dalam lidah rasmi parti itu menghentam Perdana Menteri kerana menyifatkan Melayu 'angkuh' tidak lebih sebagai propaganda politik murahan.


Menurut Ahmad Nadhir Yob dari Biro Komunikasi dan Penerangan KEADILAN Cabang Kemaman, artikel tersebut sengaja mengambil ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim secara di luar konteks dan bertujuan mengelirukan pemikiran rakyat.


"Artikel yang ditulis oleh presiden Pas ini jauh tersasar daripada konteks ucapan Perdana Menteri. Bahkan beliau menuduh PM mengatakan Melayu angkuh. Bagaimana presiden sebuah parti yang melaungkan Islam boleh mengeluarkan artikel sebegini?

Ahmad Nadhir Yob

"Sikap suka menuduh pihak lain tanpa sebarang bukti sudah banyak kali dilakukan oleh presiden Pas. Terdahulu beliau menuduh ahli KEADILAN sebagai anti ajaran al-Quran melalui kolum yang sama .


"Tindakan mengeluarkan tuduhan tanpa sebarang asas yang kukuh ini jelas merupakan satu propaganda murahan yang menunggang isu agama dan bangsa demi meraih sokongan politik," katanya dalam kenyataan hari ini.


Sedangkan kata Nadhir, ucapan Anwar yang dipetik Hj Hadi berkisar kepada perlunya orang Melayu bersikap merendah diri dan sentiasa beringat tentang hubungan berbilang kaum dalam konteks meraikan kepelbagaian agama dan budaya, yang terdapat di Malaysia.


Bagi Nadhir, amat tidak wajar politik adu domba seperti itu diteruskan demi untuk mengejar keuntungan sementara menjelang Pilihan Raya Negeri Julai ini kerana kesan buruknya amat besar kepada generasi akan datang.


"Menggunakan isu agama dan bangsa untuk menyerang musuh politik adalah satu bentuk politik murahan yang tidak diterima oleh masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, bahkan ia bercanggah dengan nilai-nilai tatasusila yang telah diamalkan oleh penduduk negara ini," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page