top of page

MCA kini kuasai pelabuhan, UMNO dan PAS tunduk kepada parti Cina?


Kerajaan Perikatan Nasional selama ini mendabik dada mengatakan merekalah yang memperjuangkan nasib orang Melayu dan Islam, dan menuduh Pakatan Harapan yang kononnya dikuasai DAP hanya tunduk kepada kehendak golongan bukan Melayu dan Islam.


Namun, aktivis Adrian Lim Chee En membuat pendedahan bahawa PN secara diam-diam telah melantik tiga pemimpin MCA dalam sektor pelabuhan.


Choong Sin Woon dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang manakala Koh Chin Han dilantik selaku Pengerusi Lembaga Pelabuhan Melaka.


Robert Lawson Chuat pula dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pelabuhan Bintulu.


Tan Teik Cheng lagi hebat, beliau dilantik dua jawatan iaitu Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) dan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang Teluk Ewa.


Adrian mempersoalkan bagaimana MCA boleh dibenarkan menguasai pelabuhan, sedangkan parti berasaskan kaum Cina itu hanya mempunyai dua orang wakil di Parlimen, berbanding 100 wakil PN yang memperjuangkan Melayu dan Islam.


"Ini barulah dewa. Kalah DAP. Bersenjatakan hanya dua orang Ahli Parlimen Cina Kafir, MCA telah berjaya menundukkan sekitar 100 Ahli Parlimen Melayu Islam UMNO PAS.

"Bermula dengan hanya seorang Cina Kafir (Wee Ka Siong), Tanjung Piai bawa lagi sorang Cina Kafir (Wee Jeck Seng) ke Parlimen. Hari ini Wee Ka Siong Menteri Pengangkutan.


"Dia bawa semua Cina Kafir MCA tawan semua pelabuhan kat Tanah Melayu. Hilang sudah telur Melayu Islam UMNO PAS ditelan Cina Kafir MCA," katanya menerusi akaun Facebook miliknya.


Adrian turut mengepilkan berita mengenai kenyataan Presiden MCA, Wee Ka Siong yang enggan mengiktiraf PN sebagai kerajaan Melayu dan Islam.


Jika difikirkan, adakah ini bermakna kerajaan PN yang selama ini memperjuangkan Melayu dan Islam sudah tunduk kepada MCA?


Di manakah bantahan UMNO dan PAS? Takkan masih salah PH dan DAP?


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page