Bagaimana 2,000 ekor babi dijangkiti wabak ASF boleh hilang? - Sim Tze Tzin



Penyakit Demam Babi Afrika (ASF) telah menjangkiti ternakan di Negeri Sembilan sejak lebih sebulan lalu dan pelbagai usaha telah dilakukan agar wabak itu merebak ke seluruh negara.


Bagaimanapun, menurut mantan Timbalan Menteri Pertainan dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin, beliau terkejut apabila membaca laporan 2,000 ekor babi di kawasan berhampiran ladang dijangkiti ASF, di Port Dickson didapati 'hilang' dan dipercayai telah dipindahkan.


"Saya terkejut apabila mengetahui kira-kira 2000 babi di kawasan wabak ASF "hilang".


"Kawasan itu telah diisytiharkan sebagai zon wabak ASF dan telah diletakkan di bawah zon kuarantin. Ini bermakna polis dan Pegawai Jabatan Veterinar (DVS) mengawal kawasan itu dengan ketat 24 jam setiap hari. Semua trak masuk dan keluar akan dipantau dan diperiksa. Babi 2,000 tidak boleh hilang secara ajaib. Ada sesuatu yang tidak kena.


"Saya menggesa pihak berkuasa terutamanya polis dan SPRM menyiasat perkara ini untuk melihat mengapa 2,000 ekor babi ini hilang. Adakah ia melibatkan sebarang salah laku atau kecuaian tugas penguatkuasa undang-undang?" tanyanya.


Selain itu, Sim turut menggesa agar penternak babi yang terbabit lebih bertanggungjawab terhadap negara dan tidak hanya memikirkan kerugian mereka sahaja.


"Jika mereka menjual babi yang mungkin sakit itu ke pasaran atau berpindah ke tempat lain, mereka akan berisiko menyebarkan ASF ke tempat lain dan akhirnya meletakkan seluruh industri babi Malaysia dalam risiko.


"Penternakan babi ialah industri bernilai RM5 bilion yang menggaji ribuan pekerja di sektor hulu dan hiliran. Malaysia tidak mampu menderita seperti jangkitan virus Nipah yang berlaku pada tahun 1998," katanya.


Justeru itu, Sim mahu semua penternak memberi kerjasama bagi mengawal wabak ASF agar tidak tersebar luas sehingga sukar dikawal.


"Saya menggesa semua penternak babi menjadi penternak yang bertanggungjawab, laporkan segala kes yang mencurigakan kepada DVS dengan segera.


"Pihak berkuasa juga harus bertindak pantas dan bertanggungjawab dalam memerangi wabak ini. Mereka mesti mengambil tugas mereka dengan serius seperti Covid-19. Sebarang salah laku dan kecuaian mesti disiasat dan tindakan sewajarnya mesti diambil.


"Memerangi ASF adalah perang yang panjang. Ini hanya permulaan. Penternak babi Malaysia mesti berwaspada dan mesti bertanggungjawab untuk memenangi perang menentang ASF ini," katanya lagi.


Semalam, dilaporkan Kira-kira 2,000 ekor babi di 19 ladang tidak berlesen di Kampung Baru Tanah Merah Site A, Port Dickson, dipercayai dibawa keluar dari kawasan itu tanpa pengetahuan pihak berkuasa berkaitan.


Sementara itu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan (JPVNS) berkata mereka telah melupuskan sebanyak 273 ekor babi yang dijangkiti wabak ASF.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER