top of page

Umno, Pas marah: Azmin tidak relevan di persada politik tanah air



Keberadaan Menteri Kanan Azmin Ali di persada politik Malaysia semakin tidak relevan apabila sekutu strategiknya dari Umno dan Pas mula mempersoalkan langkah politik beliau di Selangor.


Belum pun reda kemarahan Pengerusi Umno Selangor Noh Omar apabila Azmin tidak mengundang ahli politik Perikatan Nasional negeri ke mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) di bawah Kerajaan Persekutuan, terbaharu Yang di-Pertua PAS Gombak Salehuddin Mohd Nasir pula berkecil hati kerana Azmin tidak menjemput wakil parti itu menghadiri mesyuarat penyelarasan pembangunan peringkat daerah.


Bagi Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Syed Badli Shah Syed Osman, percaturan politik lintang pukang Azmin ini melambangkan kecamukan fikirannya serta tidak lagi mampu membaca dengan baik situasi politik semasa.


Katanya, Azmin seolah-olah gagal mencatur strategi masa hadapan dengan baik selepas Langkah Sheraton dan sewajarnya bersara daripada dunia politik.


"Saya menyambut baik pendirian bersama Umno dan Pas kawasan Gombak untuk tidak lagi meraikan pengkhianatan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.


"Azmin sudah tidak relevan berada di kerusi Parlimen Gombak dan Dun Bukit Antarabangsa.


"Bahkan beliau sudah tidak relevan untuk terus berada di arena politik negara," katanya dalam satu kenyataan.


Sehubungan itu, Syed Badli menyarankan Azmin agar mengosongkan kerusi Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa agar pengundi boleh memilih wakil rakyat yang lebih berkaliber dan berwibawa.


"Azmin seharusnya mengosongkan kerusi Gombak dan Bukit Antarabangsa untuk dipulangkan kembali kepada rakyat.


"Beliau juga berpotensi untuk mengkhianati Muafakat Nasional kerana Azmin mempunyai sejarah mengkhianati rakan seperjuangan.


"Justeru itu langkah yang diambil Umno dan Pas kawasan Gombak adalah tepat dan saya menegaskan sekali lagi bahawa mandat tersebut perlu dipulangkan kembali kepada rakyat Gombak," kata beliau lagi.


Kelmarin, pemimpin Pas Salehuddin Mohd Nasir berkata tindakan Azmin itu seolah-olah mahu mengetepikan Muafakat Nasional di Selangor dan Parlimen Gombak.


Oleh itu, katanya, Pas Gombak tidak mahu bekerjasama dengan Azmin dan telah memaklumkannya kepada setiausaha politik Azmin, Muhammad Hilman Idham.


“PAS kawasan Gombak mesyuarat dan kini memutuskan serta memaklumkan kepada Hilman bahawa kami akan bekerjasama secara politik dengan Umno Gombak atas nama Muafakat Nasional (sahaja)," katanya sebagaimana dipetik TMI.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page