Azmin tidak layak komen isu moral lompat parti - Syed Badli



Menteri Kanan, Mohd Azmin Ali tidak layak untuk bercakap mengenai soal moral atau lompat parti apatah lagi mengecam pimpinan KEADILAN.


Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Syed Badli Shah Syed Osman berkata, Azmin wajar mencermin dirinya sendiri terutama dalam hal politik toksid yang diamalkan beliau sehingga menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan pada Februari 2020.


"Datuk Seri Azmin Ali langsung tidak layak bercakap soal moral dengan menuding jari kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu lompat parti.


"Beliau adalah watak sebenar yang merosakkan Parti Keadilan Rakyat dengan mempamerkan perilaku tidak bermoral.


"Malah rancangan untuk merosakkan KEADILAN telah disusun rapi oleh Azmin sejak sekian lama," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Syed Badli, politik toksid Azmin yang menyusupkan 'anak buah' beliau ke dalam sayap pemuda dan wanita KEADILAN sebelum ini telah menimbulkan pertentangan meruncing.


Azmin juga, kata Syed Badli sengaja meletakkan rakan-rakan beliau sebagai calon Pilihan Raya Umum ke 14 lalu dan kemudian melompat parti bersama-sama beliau membentuk Perikatan Nasional.


"Beliau turut menyusun sayap pemuda dan wanita dengan meletakkan mereka yang tiada kreadibiliti sebagai calon pemilihan parti sehingga timbul perbalahan dalaman yang meruncing.


"Beliau juga mendesak presiden parti ketika itu untuk memilih orang-orang tertentu sebagai calon pilihan raya yang lalu. Akhirnya mereka yang dipilih telah berkhianat dan melompat.


"Azmin adalah punca kepada kerosakan yang berlaku di peringkat dalaman KEADILAN," katanya lagi.


Bagaimanapun, Syed Badli bersyukur kerana sekutu-sekutu Azmin satu demi satu berundur dari KEADILAN, yang akan memudahkan pemilihan calon-calon lebih berwibawa dalam PRU ke 15 kelak.


"Namun begitu usaha untuk memperbaiki imej parti semakin berhasil apabila ramai watak-watak antagonis sekutu Azmin memilih untuk keluar dari KEADILAN.


"Justeru itu saya menyeru agar beliau insaf dan bertaubat," katanya lagi.


Untuk rekod, Azmin mengecam Setiausaha Agung KEADILAN Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail kerana sejarah bertukar-tukar parti. Namun penghijrahan Saifuddin direstu pimpinan parti dan tidak menimbulkan sebarang bencana politik sebagaimana dilakukan oleh Azmin dan para sekutunya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
1638
3
1449
Total
349,610
1286
333,892

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
634,746
6,993
432,526
Total
130,914,490
2,852,527
105,374,969

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER