top of page

Azmin ditempelak, guna sentimen perkauman di Parlimen

  • Writer: Omar Zin
    Omar Zin
  • Jul 22, 2020
  • 1 min read

ree

Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali ditempelak kerana menggunakan sentimen perkauman di Parlimen.


Ketika menjelaskan isu harga kereta dalam sesi jawab lisan, Azmin menyatakan bahawa Mak Cik Kiah membeli Myvi dan Encik Hong pula membeli Mercedes Benz S560.


Contoh yang diberikan itu ditempelak oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.


"Yang Di-pertua, mengapa Yang Berhormat Gombak menggunakan contoh sebegini? Ini racial stereotaip!" katanya di Dewan Rakyat.


Azmin kemudian memberikan contoh baharu, tapi menggunakan nama Khalid.


"Saya boleh tukar, sekiranya Encik Khalid guna Mercedes-Benz ..." contohnya disusuli dengan gelak tawa di Parlimen.


Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming tampil menyokong kenyataan Khalid.


"Saya setuju dengan Yang Berhormat Shah Alam. Kita tidak perlu menggunakan stereotaip, Cina beli Mercedez, Melayu beli Myvi, ini gambaran yang kurang tepat," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page